in

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430H

Pada 28 Februari 2009 lalu telah berlangsung Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430H (MSM 1430H) buat kali kedua di Stadium Malawati, Shah Alam. Konsert anjuran Rabbani Productions (M) Sdn Bhd ditaja oleh Telekom Malaysia dan kerjasama penyiar TV3, diadakan untuk mendidik masyarakat supaya mengingati kelahiran, perjuangan dan jasa Nabi Muhammad s.a.w.

Bukan sekadar berzanji, bukan sekadar marhaban dan juga bukan sekadar bernasyid serta berceramah, namun apa yang penting memperkasakan ingatan dan kasih sayang umat Islam terhadap Rasullullah SAW.

3335247220 5494E58563 | 3

Dipersembahkan tanpa henti membabitkan lima elemen utama persembahan iaitu nyanyian, qasidah, tazkirah, pentorama dan persembahan multimedia. Selain stesen TV3 menjadi penyiar rasmi konsert ini buat kali kedua, penyerahan tabung TV3 Bersamamu juga diadakan pada malam itu

Apa yang menarik, konsert ini ada empat segmen iaitu peristiwa imbas kembali sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, penghijrahan sehinggalah kewafatan Baginda. Selain Rabbani juga turut mengundang artis seperti Amy Search untuk lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur. Manakala, Dato’ Siti Nurhaliza berduet bersama Rabbani untuk lagu Ketika Cinta (sebuah lagu tema untuk filem Perempuan Berkalung Sorban) dan lagu Junjungan Mulia secara ramai-ramai di samping mendendang secara solo untuk lagu Kudus Sinarmu.

Ini adalah persembahan sulung Siti menyanyikan lagu Ketika Cinta di hadapan khalayak ramai.

Biarpun masih bersedih dengan pemergian bapa yang dikasihi, Tarudin Ismail, tanggal 15 Februari lalu, namun Dato’ Siti Nurhaliza menyampaikan lagu dengan penuh tenaga.

Rakaman konsert ini akan disiarkan di TV3 pada hari ini (9 Mac 2009) pada jam 3.30 petang.

3335246854 Cafe46Abe7 | 4

Tampil bertudung litup, seperti adanya Dato Siti Nurhaliza kelihatan sangat manis.

Gambar dikreditkan kepada: [Minaq Jinggo]

3334411533 F58F360B82 | 5

3335246910 Bfb5F3Fdda O | 6

3334412137 F42276A416 O | 7

3334411599 3139Bc6C41 O | 8

3335247000 Bde8706343 O | 9

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430H (MSM 1430H) kepada semua pembaca budiman.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Poster Filem Syurga Cinta Lakonan Awal Ashaari & Heliza

Koleksi Gambar Mila Akademi Fantasia 5 Tubuh LuvMila