in , ,

Kolaborasi CSR Awesome TV & KAPB Dalam Program IHSAN KITA

Sumbang zakat kepada 8 badan kebajikan, kakitangan KAPB turun padang santuni golongan yang kurang bernasib baik

Bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, pihak Awesome TV sekali lagi menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak Koperasi Amanah Pelaburan Berhad atau KAPB dalam memperluaskan usaha menyantuni komuniti yang kurang bernasib baik termasuklah golongan anak yatim, asnaf, ibu tunggal, OKU, warga emas, orang buta serta pesakit dialisis menerusi perlaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘Ihsan Kita’. 

Liputan aktiviti kemasyarakatan dalam program CSR ‘Ihsan Kita’ yang turut diserikan lagi dengan penglibatan barisan selebriti tanahair seperti Izzue Islam, Fimie Don, Mamak Puteh, Nizam Jentik-Jentik, Harris Alif, Danny Soda, Justin Ang dan Kamalia Jamaludin akan dizahirkan menerusi lapan buah episod khas yang bakal ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 6.00 petang secara eksklusif di platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112) bermula 1 April 2023. 

Kolaborasi CSR Awesome TV, KAPB Dalam Program IHSAN KITA

Bagi menjayakan inisiatif amal tersebut, pihak KAPB dengan berbesar hati memperuntukkan sumbangan zakat berjumlah RM80,000 untuk diagihkan kepada lapan buah badan kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih iaitu Yayasan Orang Buta Malaysia (Brickfields), Rumah Perlindungan Al-Nasuha (Gombak), Rumah Titian Kaseh (Titiwangsa), Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia (Keramat), Pertubuhan Kebajikan Darul Jariyah (Rawang), Yayasan Chow Kit (Kuala Lumpur), Yayasan Islam Darul Ehsan @ Pusat Dialisis MAIS (Kuala Selangor) dan Yayasan Budi Ihsan Malaysia (Putrajaya). 

Kolaborasi CSR Awesome TV, KAPB Dalam Program IHSAN KITA

Setiap badan kebajikan berkenaan menerima sumbangan ikhlas sebanyak RM10,000 yang diharap dapat membantu meringankan beban penerima.

Bagi memupuk semangat kebersamaan sekaligus mendekati masyarakat setempat, kakitangan KAPB juga turut sama- sama menyertai pelbagai aktiviti kebajikan yang diadakan di setiap lokasi penyerahan sumbangan ‘Ihsan Kita’. 

Mengulas lanjut mengenai program CSR ‘Ihsan Kita’, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli selaku Pengarah Unit Kandungan Awesome TV berkata, 

“Kehadiran Ramadan sememangnya amat dinantikan kerana pada bulan ini kita berpeluang untuk meningkatkan lagi amalan kita dengan pelbagai bentuk pengisian bermakna dan memperkukuhkan lagi ukhuwah sesama insan. 

Selaku stesen televisyen yang prihatin, pihak Awesome TV memainkan peranan besar dalam mengambil langkah proaktif untuk menyokong sebarang usaha murni yang memberi manfaat besar kepada komuniti setempat di luar sana. 

Inisiatif penerbitan program CSR ‘Ihsan Kita’ seperti ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kami untuk mendekati dan berbakti kepada masyarakat yang dilihat menepati simbolik tema kempen Ramadan tahun ini iaitu ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak KAPB di atas kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan program amal ini. Pihak Awesome TV amat menghargai kesungguhan dan komitmen syarikat korporat seperti KAPB yang wajar dicontohi oleh semua. Besar harapan kami agar kerjasama murni ini dapat dipanjangkan lagi untuk tahun-tahun yang seterusnya.” 

Sahidi Mohamad selaku Ahli Lembaga Koperasi merangkap Setiausaha Kehormat KAPB turut berkata, “Seiring dengan slogan KAPB, ‘Rezeki Berbeza Dikongsi Bersama’, kami amat komited dalam melaksanakan inisiatif sosial berimpak tinggi yang melibatkan pembangunan dan kelestarian masyarakat sejak koperasi mula ditubuhkan pada tahun 2014 sehingga kini. 

Kolaborasi CSR Awesome TV, KAPB Dalam Program IHSAN KITA

Sebagai sebuah koperasi yang bertanggungjawab, KAPB juga banyak menyalurkan sumbangan ikhlas daripada segi wang tunai, keperluan asas dan tenaga serta aktif menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang turut disertai oleh Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan kakitangan syarikat secara konsisten untuk mempertingkatkan kesejahteraan serta kualiti kehidupan komuniti setempat. 

Bagi merealisasikan hasrat kami untuk mengadakan program CSR yang efektif dalam skala yang lebih besar untuk tahun ini, kami menjalinkan usaha sama strategik dengan pihak Awesome TV menerusi program ‘Ihsan Kita’ yang dilihat mampu membuka jalan kepada badan-badan kebajikan terlibat untuk meningkatkan ketersediaan mereka dalam mendepani apa jua cabaran demi kelangsungan hidup seharian. ” 

KAPB adalah sebuah syarikat koperasi pelaburan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Antara kelebihan utama melabur dengan KAPB adalah dana yang terkumpul akan diuruskan oleh pengurus dana professional yang berpengalaman dalam mengendalikan isu hal ehwal pelaburan. Setiap pelaburan yang dibuat oleh KAPB juga patuh Syariah. 

Kolaborasi CSR Awesome TV, KAPB Dalam Program IHSAN KITA

Dengan dana pelaburan minimum serendah RM1,000 sahaja, setiap ahli berpeluang untuk menikmati pelbagai pulangan menarik. Selain menawarkan agihan pulangan dividen yang tinggi (8%-15%), KAPB turut menawarkan khairat kematian sebanyak RM3000 buat setiap ahli. Lebih menarik lagi, KAPB juga turut menawarkan bantuan bencana alam dan lain-lain faedah. 

Antara portfolio korporat bagi dana pelaburan yang diuruskan oleh KAPB termasuklah Ar- Rahnu, hartanah, marin, penerbangan, media, perkhidmatan kewangan, otomotif, e-hailing, dan tenaga boleh diperbaharui. 

Orang ramai yang berminat untuk menjadi ahli atau ingin mengajukan sebarang pertanyaan berkenaan KAPB boleh menghantar e-mel ke [email protected] atau melayari laman rasmi www.kapb.com.my 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

AirAsia X Kembangkan Rangkaian di China Terbang Semula ke Beijing

Shuk Sahar & Rossa Sera Sah Bercerai Talak Satu Pada 22 Mac 2023