in

KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2009

Menara Kuala Lumpur sekali lagi akan menganjurkan acara yang penuh cabaran iaitu KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2009 yang bakal diadakan pada 1 Mac 2009 (Ahad) di Menara Kuala Lumpur.

Acara tahunan ini merupakan kali ke-8 anjuran Menara Kuala Lumpur sejak tahun 1998 dan telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA).  Larian ini akan bermula dari tempat letak kereta Park Safe sebelum mendaki anak tangga sebanyak 2,058 sehingga ke penamat di TH03 pada ketinggian 382 meter dari paras laut.   

Kategori yang akan dipertandingan dalam larian ini ialah:

Lelaki Terbuka (18 tahun ke atas)
Wanita Terbuka (18 tahun ke atas)
Lelaki  Junior Veteran (40-49 tahun)
Lelaki Senior Veteran (50 tahun ke atas)
Wanita Veteran (30 tahun ke atas)
Lelaki & Perempuan Junior (13-17 tahun)
Staf TM – Lelaki (18 tahun ke atas)
Staf TM -Wanita (18 tahun ke atas)
Media – Lelaki & Wanita (18 tahun ke atas)
Kurang Upaya (18 tahun ke atas)
Badan Kerajaan /Korporat / IPTA (18 tahun ke atas)

Penyertaan adalah PERCUMA.
 
Jadi apa tunggu lagi..moh kita panjat tangga..hadiah lumayan menanti anda!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. semua yang menyertai cabaran KL International Forest Towerthon pada 1 mac lalu…. memenangi dengan berjayanya… ini kerana semua berjaya membuat pendakian dengan melangkah sebanyak 2,058 anak tangga. termasuklah yang dilakukan oleh penbdaki termuda menara kuala lumpur yang turut menyertai cabaran itu sebagai penyeri dan semangat kepada semua peserta. tahniah kepada semua yang menyertai cabaran kl international forest towerthon 2009

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tonton Drama Seram Keliwon di TV3

Drama Fantasi MERLIN Lakonan Colin Morgan, Bradley James