in

KL Indie Music Fest 2012

KL Indie Music Fest 2012, bersempena KL Fest 2012 di Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Pergerakan muzik kendiri ataupun Indiependent pada dasarnya sudah bermula di Malaysia hampir 30 tahun dahulu. Di sekitar penghujung 70 an segelintir remaja yang banyak terpengaruh dengan aliran-aliran muzik luar yang lari dari arus perdana menerokai pelbagai bentuk muzik yang agak asing di telinga masyarakat umum ketika itu.

Wujudnya pelbagai nama seperti The Karatz, Nemesis, Glottis, Picagari, Punisher, Mallaria, Black Fire, Rator dan sebagainya. Generasi pemuzik bebas ketika itu yang lebih sinonim dengan gelaran Underground ataupun pergerakan bawah tanah memandangkan operasi mereka amat terpencil meliputi semua aspek bermuzik dan bersifat DIY seperti soal produksi album , persembahan dan lain-lain, rata-ratanya berkembang melalui tangan ke tangan tanpa sebarang campurtangan arus perdana. Kewujudan generasi pertama ini lebih tertumpu kepda genre muzik Thrash Metal dan Punk.

Kini para pemuzik Indie lebih menonjol, malah rata-ratanya sudah menjadi pemuzik utama yang turut membina dan menerajui industri muzik tempatan.

Demi menghargai bakat-bakat pemuzik Indie baru dan lama, Karyawan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan portal muzik 2crank.com telah merancang untuk mengadakan satu acara iaitu KL Indie Music Festival 2012 yang bakal diadakan pada 8 Julai 2012 ( Ahad) bermula jam 3 petang sehingga 10.30 malam bertempat di Laman Santai, Istana Budaya. Ianya bakal diadakan secara percuma dan merupakan salah satu pengisian bagi acara KLFEST2012.

KL Indie Music Festival 2012 akan menampilkan persembahan hebat gabungan penggiat muzik indie baru dan lama iaitu Monoloque, OAG , Republic of Brickfield, Subculture dan lain-lain pemuzik indie pelbagai genre iaitu Phunk Mob, Tashya’s Ink, An Honest Mistake, Azure For Janne, Silvergun Superman, Angie Lym & Crew, HWC, BobTheSausage, Bliz, Johny Comes Lately dan Instake.

Satu band Indie yang menyanyi dalam Bahasa Tamil, iaitu Chakram, akan membuat persembahan juga. Beberapa kumpulan breakdance dan b box akan sama sama memeriahkan majlis. Konsert ini diacarakan oleh Saudara So’od dari kumpulan Roots & Boots.

Selain dari persembahan, pelbagai aktiviti lain turut berlangsung seperti ruang pamer pelbagai produk muzik dan lain-lain pameran dari agensi terlibat. Kami juga amat mengalu-alukan kehadiran para penggiat seni Indiependent untuk turut mengadakan jualan merchandize DIY bagi memeriahkan lagi acara ini dan. Bagi yang berminat bolehlah menghubungi pihak Karyawan di talian 017 4320989(Jack )

Istana Budaya amat mengharapkan kehadiran ramai untuk memeriahkan persembahan hebat ini. Sokongan anda para pencinta muzik tanahair pastinya akan memartabatkan lagi kualiti dan prestasi industri muzik tanahair yang tidak kurang hebatnya dengan pelbagai bakat berpotensi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Saleha di Anugerah Stail EH! 2012

Gambar Fesyen Ezlynn di Anugerah Stail EH! 2012