in , ,

“Kita Juga Ada Aib Yang Allah Simpan” – PU Syed Minta Netizen Henti Selongkar Pasal Da’i Syed

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menasihati masyarakat agar tidak terus menyebarkan perkara yang belum pasti kebenarannya mengenai rakan industrinya, Da’i Syed yang terpalit dengan dakwaan jenayah seksual.

Menurut PU Syed, perkara tersebut biarlah diserahkan kepada pihak berkuasa sahaja tanpa perlu campur tangan orang ramai sehingga ada yang sanggup terus membuka aibnya. 

“Maaf ambe (saya) bukan Da’i Syed dan Da’i Syed juga bukannya ambe. Jika benar seperti dakwaan terhadapnya, biarlah mahkamah yang menghakiminya.

“Toksahlah (tak perlulah) kita selongkar kisah-kisah yang patut ditutupi kecualilah ia didedahkan sendiri olehNya,”

– PU Syed

Pesannya lagi, kita semua perlu sentiasa sedar dan beringat bahawa setiap individu juga mempunyai aib sendiri, cuma ia terselindung daripada umum kerana ‘dijaga’ oleh Allah.

“Berat sangat mehnah (ujian) dan pancaroba menjadi pendakwah pada usia muda tanpa persediaaan yang sebenar dan sebetulnya.

“Kita juga ada aib yang Allah simpan, maka untuk itu cukup-cukuplah kita sebarkan keaiban manusia lain dek kerana inginkan sensasi dan panas,”

– PU Syed

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan PU Syed itu.

Terdahulu, pendakwah muda, Da’i Syed mencuri perhatian masyarakat ekoran terpalit dengan dakwaan merogol.

Bahkan, perkara itu turut mendapat respons daripada ahli keluarganya sendiri yang memintanya untuk kembali ke pangkal jalan.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ummi Nazeera Kehilangan Insan Tercinta Setelah Ayahnya Meninggal Dunia

Ajak Jumpa Settle Masalah Murung, Pendakwah Terkenal Disyaki Perkosa Ditahan Reman