in ,

Ajak Jumpa Settle Masalah Murung, Pendakwah Terkenal Disyaki Perkosa Ditahan Reman

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang wanita pada September tahun lalu.

Semalam kecoh apabila seorang pendakwah muda terkenal telah pun ditahan polis atas dakwaan disyaki memperkosa seorang gadis. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah apartment studio bertempat di Shah Alam, Selangor pada 11 September tahun lalu.

Menerusi portal Malaysia Gazette, penyanyi lagu ketuhanan itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam bagi memberi keterangan ekoran satu laporan polis yang telah dibuat kenalan media sosialnya itu pada Rabu lalu.

Mengimbas kembali kejadian berlaku, gadis berusia 23 tahun berkenaan telah keluar dengan suspek yang baru dikenali di media sosial kira-kira jam 8 malam dengan menaiki sebuah kereta mewah.

Perintah reman terhadap suspek berusia 25 tahun yang juga bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd Zamir Suhaimee.

Ajak Jumpa Settle Masalah Murung, Pendakwah Terkenal Disyaki Perkosa Ditahan Reman

Terdahulu, suspek yang memakai baju berwarna hijau itu hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam pada 9.45 pagi. Beliau diwakili peguam, Syed Amirul Syed Edrus.

Bawa Masuk ke Rumah Kononnya Nak Tolong Atasi Masalah Kemurungan

Tujuan mereka keluar kononnya untuk membincangkan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam. Walau bagaimanapun, gadis berkenaan telah dibawa ke rumah suspek selepas makan bersama di sebuah kedai makan dengan alasan bagi memberi penerangan lanjut. Dakwanya lagi, setelah diperkosa suspek sempat memberi amaran kepadanya untuk merahsiakan perkara yang terjadi.

Tragedi Pahit Sebabkan Trauma Teruk Hingga Tekanan Perasaan

Gadis berkenaan akhirnya pulang ke rumah sewanya di Subang Jaya. Susulan tragedi hitam itu, gadis tersebut telah mengalami tekanan perasaan sehingga perlu ditahan di unit psikiatri. Dia juga masih lagi menerima rawatan atas trauma yang dihadapi.

Semalam, suspek ditahan kira-kira 11 malam selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan pada 7.18 malam tadi.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Kita Juga Ada Aib Yang Allah Simpan” – PU Syed Minta Netizen Henti Selongkar Pasal Da’i Syed

Da’i Syed Ditahan Kerana Dakwaan Rogol, PU Abu Minta Netizen Tidak ‘Double Standard’