in , ,

Kisah Sebalik Baju Persalinan Siti Nurhaliza Dalam Muzik Video SIAPA TAK MAHU

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah melancarkan muzik video terbarunya berjudul ‘Siapa Tak Mahu’.

Ramai yang memuji bahawa muzik video tersebut bertaraf antarabangsa kerana tema dan jalan ceritanya yang menarik hati ramai penonton. Video arahan Ghazi Maslan itu turut menampilkan bintang seperti Mira Filzah dan Hun Haqeem yang menjadi tarikan hingga jumlah tontonan juga tinggi.

Lagu ciptaan John Jeevasingham, Ikhwan Fatanna dan Omar K itu menjadi video muzik pertama yang menggunakan banyak persalinan baju.

SITI NURHALIZA

Lebih menarik lagi, persalinan Tok Ti yang berwarna putih itu telah mendapat perhatian ramai. Ia direka khas oleh pereka muda Kel Wen yang kini semakin melonjak naik dalam industri fesyen di Malaysia.

Sebelum ini, Kel Wen adalah pereka dan pengarah kreatif di bawah label Behati yang juga merupakan insan kreatif di sebalik pembikinan muzik video penyanyi terkenal, Ernie Zakri.

Dato' Sri Siti Nurhaliza Lancar  Video Muzik SIAPA TAK MAHU

Kini, nama Kel Wen sekali lagi disebut ramai apabila tampil dengan rekaan khas persalinan di dalam muzik video Siapa Tak Mahu.

Menurut sumber, gaun putih yang diilhamkan daripada ‘Leg of Mutton’ klasik dari era Victoria itu menampilkan lengan baju yang besar untuk membuatnya lebih dramatik.

“Saya tidak mahu ia kelihatan seperti kostum Victoria atau pakaian pengantin jadi saya menambah kolar dan butang yang terbuka di depan supaya kelihatan lebih moden.

“Yang sukar dipercayai ialah kami membuat pakaian ini dalam 41 jam,”

– Kel Wen

Menurut Kel lagi, dia bersama rakan sekerjanya telah berkerja keras untuk menyiapkan persalinan berwarna putih khas untuk dipakai oleh Tok Ti sebelum dipersetujui oleh semua.

“Cabaran terbesar adalah warna putih, kerana biasanya putih kan nampak besar, Tok Ti pun sangat risau, selalu orang menganggap hitam je yang selamat, tetapi bergantung pada reka bentuk dan fabriknya. Saya menggunakan taffeta sutera berkilat putih untuk gaun baju ini,”

– Kel Wen
Dato' Sri Siti Nurhaliza Lancar  Video Muzik SIAPA TAK MAHU
Dato' Sri Siti Nurhaliza Lancar  Video Muzik SIAPA TAK MAHU
Dato' Sri Siti Nurhaliza Lancar  Video Muzik SIAPA TAK MAHU

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Samsung Galaxy S21 Mungkin Hadir Tanpa Pengecas Dan Fon Telinga Dalam Kotak

Satu Lapisan Sahaja Tidak Cukup, Wanita Berpurdah Wajib Pakai Pelitup Muka