in , ,

Kisah Insan Lembam di Panggung RTM, Ini Sinopsis Telemovie MILA TERISTIMEWA

Sebuah telemovie mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang lembam namun rajin membantu keluarganya. Beliau menempuh pelbagai cabaran semenjak kecil sehingga dewasa untuk menjaga ibu dan adik selepas kematian bapa. Beliau menanggung dan menyembunyikan kesakitan yang akhirnya menyebabkan beliau meninggal dunia.

Mila seorang anak istimewa yang dikategorikan sebagai lembam merupakan anak sepasang suami isteri Zakari dan Leha. Walaupun Mila tidak bersekolah akibat masalah tersebut, namun dia tetap rajin membantu penduduk kampung melakukan pekerjaan seharian. 

Apabila dikhabarkan bahawa ibunya mengandung, Mila berasa sangat gembira. Namun, kegembiraan tersebut tidak berpanjangan seperti yang disangkakan apabila malang menimpa keluarga mereka. Zakaria, bapa kepada mila meninggal dunia ketika menangkap ikan dilaut. 

Kisah Insan Lembam Di Panggung Rtm, Ini Sinopsis Telemovie Mila Teristimewa

Leha telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan diberi nama Alif. 12 Tahun berlalu, Alif semakin membesar. Dia mula berasa tidak selesa setiap kali ketika berada bersama kakaknya, Mila yang lembam. Mila mendengar keluhan adiknya yang letih berjalan kaki ke sekolah, lalu membelikan Alif basikal menggunakan wang simpanannya. 

Meningkat dewasa, Alif akhirnya berkahwin dengan seorang wanita kaya namun, kehidupan selepas berkahwin mereka tidak bahagia kerana mengikut telunjuk isterinya. Tidak lama selepas itu, Mila dirisik oleh seseorang dan tarikh perkahwinan mereka telah dipersetujui. 

Namun, keindahan perkahwinan yang diidamkan olehnya tidak kesampaian apabila pihak pengantin lelaki telah membatalkan perkahwinan mereka. Akibat daripada itu, Mila jatuh sakit. Batuknya menjadi semakin teruk dan bercampur dengan darah. 

Kisah Insan Lembam Di Panggung Rtm, Ini Sinopsis Telemovie Mila Teristimewa

Hari demi hari, tahap kesihatan Mila semakin lemah. Beliau yang banyak berkorban dan membantu keluarganya menghembuskan nafas terakhir di atas pangkuan ibunya. Alif berasa kesal atas sikapnya selama ini. Masihkah ada kesempatan bagi Aliff untuk memperbetulkan kesilapannya?

Menampilkan gandingan pelakon Ainul Aishah, Anne Abdullah, Sura Sojangi, Dafi Ismail dan Pekin Ibrahim, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie bertajuk “Mila Teristimewa” pada 5 Disember ini, pukul 9.00 malam di TV1.

Hasil garapan Yati Chung dan arahan Harris Fadzillah Abd Samad ini menampilkan naskah yang mengetengahkan tema kekeluargaan dan fiksyen sosial tentang kekeluargaan dan pengorbanan seorang anak dalam membantu keluarga. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin | 23

Fattah Amin & Fazura Belum Sedia Dedah Wajah Nur Fatima Aisya, Harap Peminat Bersabar

Janna Nick | 24

vivo Y51 Dilancar dengan Snapdragon 665, 3 Kamera 48MP, 5000mAh Berharga RM1,037