in , ,

vivo Y51 Dilancar dengan Snapdragon 665, 3 Kamera 48MP, 5000mAh Berharga RM1,037

Terkini, vivo telah melancarkan vivo Y51 terbaru di pasaran Indonesia. Peranti ini ditawarkan dengan spesifikasi berbeza berbanding vivo Y51 generasi terdahulu (tahun 2015) atau vivo Y15 yang dilancar pada September lalu di pasaran China.

Antara spesifikasi menarik pada vivo Y15 di Indonesia ini adalah bateri yang lebih besar 5000mAh bersama pengecasan pantas 18W dan tiga kamera 48MP dengan ciri Night Camera. Anda boleh melihat spesifikasi asasnya seperti di bawah.

Vivo Y51 Dilancar Dengan Snapdragon 665, 3 Kamera 48Mp, 5000Mah Berharga Rm1,037
  • Snapdragon 665
  • RAM 8GB + storan 128GB (boleh ditambah sehingga 1TB dengan microSD)
  • Paparan LCD 6.58 inci FHD+ beresolusi 2408 x 1080 piksel
  • 3 kamera utama 48MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro 
  • Kamera swafoto 16MP 
  • Bateri 5000mAh
  • Pengecasan pantas 18W
  • Funtouch OS 11 berasaskan Android 11
  • USB-C, Bluetooth 5.0
  • Pilihan warna Crystal Symphony dan Titanium Sapphire

Sekali imbas, peranti ini kelihatan seperti siri vivo V20 yang dilancar di pasaran Malaysia. Apa pun, vivo Y15 ini dijual di pasaran Indonesia pada harga 3,599,000 Rupiah (~RM1,037).

Vivo Y51 Dilancar Dengan Snapdragon 665, 3 Kamera 48Mp, 5000Mah Berharga Rm1,037
Vivo Y51 Dilancar Dengan Snapdragon 665, 3 Kamera 48Mp, 5000Mah Berharga Rm1,037
Vivo Y51 Dilancar Dengan Snapdragon 665, 3 Kamera 48Mp, 5000Mah Berharga Rm1,037
Vivo Y51 Dilancar Dengan Snapdragon 665, 3 Kamera 48Mp, 5000Mah Berharga Rm1,037

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pekin Ibrahim | 23

Kisah Insan Lembam di Panggung RTM, Ini Sinopsis Telemovie MILA TERISTIMEWA

Bae Suzy 2020 | 24

realme Smart TV Dilancarkan di Malaysia dengan Harga Bermula RM899