in , ,

Kini Daniel Radcliffe Tidak Mengejar Glamor Filem Blockbuster Tapi…

Siapa yang tak kenal dengan Daniel Radcliffe, seorang pelakon Hollywood yang memegang watak Harry Potter selama lapan filem. Kini, dia lebih mementingkan skrip dan jalan cerita yang berkualiti dari berlakon filem blokbuster yang entah apa.

Terbaharu, khabarnya pelakon yang meningkat dewasa ini tidak mengejar glamor dengan berlakon filem Hollywood bertaraf blockbuster. Kini dia mencuba untuk mengambil kerja-kerja filem yang tidak sebesar Harry Potter.

Daniel Radcliffe

Setelah selesai dengan Harry Potter, Daniel lebih cenderung dengan projek filem yang lebih aneh yang dapat menguji mutu lakonannya. Tidaklah sekadar mendatar dan ala kadar sahaja.

Tapi dia ni jenis yang suka belajar benda baru. Namun apa-apa pun menurutnya, itu bukanlah keputusan yang sengaja untuk tidak mendapat lamaran dari penerbit yang besar-besar. Cuma dia ni jenis memilih filem mana yang menguji dan mencabar kewibawaan lakonan.

“Ini bukan keputusan yang disengaja (untuk tidak berlako filem blockbuster). Saya akan memilih skrip yang power. Kebanyakan studio yang besar, saya rasa skripnya kurang power, kurang aneh atau dalam erti kata lain, kurang menarik. Tidak seperti yang mereka buat di dunia filem indie atau bahkan di dunia TV. Jadi hal-hal yang menarik buat saya, sejauh ini kebetulan ada di dunia indie.”


– Daniel Radcliffe

Semasa lahirnya filem Harry Potter and the Half-Blood Prince, Daniel Radcliffe sudah menguji tahap lakonannya dengan mengambil watak dari projek filem yang lain dari yang lain dan aneh.

Terbukti, Daniel menjadi bahan berita utama ketika dirinya muncul dalam drama Equus dan melakukan adegan dewasa yang benar-benar jauh dari gambaran sosok Harry Potter.

Daniel Radcliffe

Setelah siri Harry Potter selesai, Daniel Radcliffe mengambil berbagai jenis watak dari filem indie. Dia pernah berlakon sebagai Allen Ginsburg di Kill Your Darlings, berlakon sebagai mayat di Swiss Army Man.

Dia juga pernah membawa watak seorang pilot yang menghantarkan kargo haram dalam Beast of Burden.

Filem terdekat Daniel Radcliffe dengan blockbuster adalah Now You See Me 2. Namun filem itu tidak mendapatkan kritikan yang bagus dan positif.

Terbukti, Daniel ada membawa watak kecil dalam Trainwreck arahan Amy Schumer yang mana ia lebih sukses dari Now You See Me 2.

Dalam wawancara dengan StarLifestyle, Daniel mengatakan bahawa ia akan senang terlibat dalam filem besar yang lain suatu hari nanti. Tetapi baginya, hal itu benar-benar memerlukan usaha untuk menemukan watak yang tepat dan melakukannya dengan cemerlang.

“Jika ada sesuatu yang terjadi di studio dan saya suka naskahnya, saya mahu menjadi sebahagian dari beberapa filem besar yang gila. Saya perlu menunggu skrip yang tepat.”

– Daniel Radcliffe

Rasanya kadang-kadang tu rasa susah nak percaya bahawa sudah lapan tahun sejak Harry Potter and the Deathly Hallow – Part 2 menghiasi layar lebar, semua pelakon dari filem Harry Potterharus terpaksa bawa diri masing-masing untuk membina kerjaya.

Daniel Radcliffe lebih suka dengan filem indie, dengan watak di TV dan filem. Rupert Grint pula telah tampil di kebanyakan acara TV, meskipun dia kadang-kadang ada kerja-kerja dalam pengambaran filem. Evanna Lynch baru sahaja lepas shooting filem Dancing with the Stars.

Emma Watson adalah antara pelakon Harry Porter yang ada masa depan yang cemerlang kerana sampai ke hari ini dia memiliki karier terbesar dari rakan seperjuangannya yang lain. Emma sekarang ni lebih memilih filem yang bercorak aksi dan kemanusiaan. Terbaharu Emma sibuk dengan filem remake LITTLE WOMEN.

Daniel Radcliffe sekarang sudah dewasa dan budak remaja zaman sekarang sudah tidak mengenalinya sebagai Harry Potter. Walaupun berlakon dalam filem apa pun, namun kita tetap akan dibayangi dengan lakonan mantap dalam filem Harry Porter.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Video Panas Viral, Ini Respon & Komen Bapa Aiman Tino

Giliran Shuk Bolot RM10,000 di Minggu Kedua BBB2019