in , ,

Isu Video Panas Viral, Ini Respon & Komen Bapa Aiman Tino

Ayah mana yang tidak resah dan risau apabila sesuatu yang buruk berlaku ke atas mereka. Mahu tidak tidur malam memikirkannya. Begitulah yang dialami oleh bapa Aiman Tino di saat kemelut kontroversi video yang tersebar di ruang maya.

Bapa Aiman Tino, Yusri Ishak berharap, isu video panas membabitkan anaknya itu tidak lagi dibangkitkan, malah menganggap, ia selesai apabila penyanyi itu tampil memberikan kenyataan.

Yusri berkata, beban yang ditanggung mereka sekeluarga lenyap apabila penyanyi Ku Rela Dibenci itu menafikan dirinya sebagai individu dalam isu video panas yang tular, baru-baru ini.

“Itu bukan video saya,”
– Aiman Tino

“Pengakuan Aiman itu membuatkan saya lega dan menganggap isu yang tercetus selesai. Sebagai bapa, saya tidak berhasrat membawa perkara itu ke tengah kerana enggan memanjangkan lagi isu terbabit.

“Tetapi, jika ada yang cuba membangkitkan semula atau melakukan provokasi, kami tidak teragak-agak membawa mereka ke ke muka pengadilan,”

– Yusri Ishak

Yusri berkata, dia berbangga dengan keberanian dan kematangan anaknya menangani isu yang mencalar reputasi itu.

“Impak isu ini cukup besar kerana ia mampu menjejaskan kepercayaan ramai terhadap Aiman. Sudah pasti, kontroversi ini meresahkan kami dan sangat berharap, ia akan segera selesai.

“Saya bangga kerana Aiman matang dan berani berdepan dengan isu itu. Selagi berdiam, orang akan terus membuat spekulasi, sedangkan banyak perkara lain yang lebih penting perlu diberi perhatian,”

– Yusri Ishak
Yusri Ishak Aiman Tino

Yusri berkata, sebagai ketua keluarga, dia akur dengan ujian yang terpaksa dilalui mereka. Namun, apa yang berlaku tidak sedikit pun menjejaskan kepercayaan mereka terhadap Aiman.

Pada masa sama, Yusri juga tidak menolak kemungkinan anaknya itu cuba disabotaj kerana pelbagai teknik boleh dilakukan untuk menjatuhkan orang lain.

Yusri Ishak Aiman Tino

“Dulu, ada yang menyebarkan berita palsu Aiman ditangkap basah dan meninggal dunia. Sekarang, dia dikaitkan dengan video lucah pula.

“Mengapa perkara serius seperti ini dibuat main-main? Jangan gunakan kelebihan teknologi dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah dan memalukan orang lain,”

– Yusri Ishak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Facebook Alami Gangguan Paling Parah dalam Sejarah Hingga IG & Whatsapp Terjejas

Kini Daniel Radcliffe Tidak Mengejar Glamor Filem Blockbuster Tapi…