in , ,

Kini Boleh Pilih AirAsia di Airport Don Mueang & Suvarnabhumi

Penerbangan Bangkok Suvarnabhumi-Kuala Lumpur tersedia untuk tempahan mulai 20 Jun daripada RM179 sehala!

AirAsia Thailand melancarkan penerbangan antarabangsa pertamanya dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, menjadikan ia sebagai syarikat penerbangan tambang rendah pertama yang menghubungkan Suvarnabhumi (BKK) dan Kuala Lumpur (KUL), Malaysia seterusnya menawarkan lebih banyak pilihan buat para pengembara yang ingin melakukan perjalanan ke dan dari Bangkok.

Para tetamu AirAsia yang ingin merancang perjalanan mereka ke Bangkok dari Kuala Lumpur kini boleh memilih penerbangan yang akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang (DMK) atau Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi (BKK). Para tetamu yang membuat perjalanan dari Bangkok juga boleh memilih untuk menaiki penerbangan dari mana-mana lapangan terbang tersebut untuk kemudahan mereka.

Kini Boleh Pilih Penerbangan AirAsia Ke Lapangan Terbang Don Mueang & Suvarnabhumi

Penerbangan untuk laluan Kuala Lumpur – Suvarnabhumi (BKK) akan mula beroperasi dengan kekerapan dua kali sehari dan diperkenalkan pada tambang promosi untuk ahli airasia bermula daripada RM179 sehala. Para tetamu boleh menikmati promosi ini melalui airasia Super App bermula 26 hingga 31 Mei 2022 untuk tempoh perjalanan antara 20 Jun dan 29 Oktober 2022.

Mengulas mengenai pengenalan laluan baharu Bangkok Suvarnabhumi – Kuala Lumpur, Santisuk Klongchaiya, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Thailand berkata: “Penerbangan AirAsia yang berpangkalan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi telah mendapat sambutan yang amat baik. Pada masa ini, AirAsia Thailand mengendalikan tiga laluan domestik dari Suvarnabhumi, iaitu penerbangan ke Chiang Mai, Phuket dan Krabi, dan mulai Jun dan seterusnya, kami akan memulakan operasi penerbangan antarabangsa pertama kami antara Suvarnabhumi dan Kuala Lumpur. Penerbangan tersebut akan membawa para pelancong ke ibu negara serta pusat ekonomi Malaysia, sebuah bandar yang pesat membangun dengan aktiviti perdagangan dan pelancongan, sambil memberikan pilihan kepada para pengembara dari Kuala Lumpur untuk mendarat sama ada di Lapangan Terbang Don Mueang (tiga kali sehari) atau Lapangan Terbang Suvarnabhumi (dua kali sehari). Dari Kuala Lumpur, para pengembara boleh meneruskan perjalanan mereka ke pelbagai destinasi di Malaysia serta ke seluruh Asean. 

“Laluan antarabangsa pertama kami melalui Lapangan Terbang Suvarnabhumi merupakan satu perkembangan yang positif dan menarik, terutamanya kerana laluan Suvarnabhumi-Kuala Lumpur merupakan antara laluan yang popular. Selain menjadi hab transit dengan pelbagai pilihan untuk penerbangan lanjutan, para pengembara dari Kuala Lumpur juga dapat memanfaatkan rangkaian laluan tambang rendah domestik AirAsia untuk meneruskan perjalanan mereka. Kami yakin laluan baharu ini bakal mendapat sambutan yang baik, memandangkan Thailand kini mengalu-alukan ketibaan pelawat yang sudah lengkap vaksinasi tanpa ujian COVID-19 serta kuarantin semasa ketibaan,” kata Santisuk.

Para pengembara yang telah menerima vaksinasi lengkap antara Thailand dan Malaysia tidak lagi perlu mengemukakan keputusan ujian COVID-19 atau menjalani kuarantin semasa ketibaan. Thailand juga akan memansuhkan syarat Pas Thailand untuk Warga Thai yang akan memasuki negara itu mulai 1 Jun 2022. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

10 Penyampai Berita Legenda Meraikan Ulang Tahun TV3 Ke-38  

Catch The Best Drama On HBO GO, HBO, Cartoon Network & Warner TV