in , ,

10 Penyampai Berita Legenda Meraikan Ulang Tahun TV3 Ke-38  

Rosli Dahamin, Fuad Rahman, Datuk Jasni Shafie, Abu Bakar Atan, Zainal Ariffin Ismail, Ezzah Aziz Fawzy, Nurfarahin Jamsari, Azmi Aziz, Azura Abdul Karim dan Zakiah Anas adalah nama-nama yang sangat sinonim dengan Buletin Utama di TV3 sejak stesen nombor Satu negara ini mula beroperasi pada 1 Jun 1984.

Bersempena dengan ulang tahun TV3 yang bakal tiba, 10 ikon penyiaran tersebut memberi kejutan kepada penonton setia Buletin Utama dengan penampilan istimewa bersama-sama dengan barisan penyampai berita seperti Mior Abdul Malek Raiyani, Azaria Tagaya, Amirulhakim Lokman, Asrulnizam Kadir, Ezreena Amir Hamzah, Siti Khadijah Jaafar dan Khairul Rizuan Azizan dari 26 Mei 2022 sehingga 1 Jun 2022, pukul 8.00 malam. Kemunculan mereka tentunya mengembalikan nostalgia dan mengubati rindu penonton yang ingin melihat ikon penyiaran beraksi di Buletin Utama. 

Penyampai Berita Legenda BU poster

Nantikan paparan 7 laporan khas bersempena dengan ulang tahun TV3 ke-38 yang bakal menelusuri program-program TV3 yang berjaya memahat hati penonton setianya iaitu Anugerah Juara Lagu,  Majalah 3, Nona, Jejak Rasul, Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, 999 dan tidak ketinggalan, Buletin Utama, program TV nombor satu di Malaysia yang utuh dalam hati penonton.

Selain itu, uji bakat pencarian wajah baharu buletin TV3 yang sedang rancak berlangsung di TikTok dari 10 Mei hingga 31 Mei 2022 mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Ia mensasarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur dari 19 hingga 30 tahun dalam usaha mencari seterusnya menggilap bakat muda menjadi ‘Wajah’ kepada Buletin TV3. Bagi mereka yang berminat, jangan melepaskan peluang ini untuk menyertai uji bakat tersebut. Rakam video anda (durasi video lebih 60 saat) menyampaikan dua skrip berita (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya) dan muat naik ke akaun TikTok peribadi berserta tanda pagar (“hashtag) #WajahbaharuBuletinTV3 #PenyampaiBuletinTV3 dan #BuletinTV3. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Platform Media Sosial Terkini, FENIX360 Telah Dilancarkan Di Malaysia

tony fernandes airasia-2020

Kini Boleh Pilih AirAsia di Airport Don Mueang & Suvarnabhumi