in , ,

Kim Sang Hyuk Umum Cerai Ketika Ulang Tahun Pertama Perkahwinan

Pada tarikh 7 April 2019 menjadi masa penuh kebahagiaan bagi Kim Sang Hyuk dari band Click-B kerana pada hari tersebut ia menikahi sang kekasih, Song Da Ye yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat belian atas talian.

Bagaimanapun, mungkin tiada yang dapat membayangkan bahawa genap setahun selepas itu, Kim Sang Hyuk akan membuat pengumuman yang mengejutkan di laman Instagram iaitu tentang penceraiannya.

“Dua orang yang masih kurang dalam banyak hal bertemu dan mencuba sebaik mungkin untuk hidup bersama. Kami seharunya merangkul bekas luka yang dimiliki satu sama lain, tetapi maaf kami tak dapat menghadirkan wajah bahagia kepada dunia,”

– Kim Sang Hyuk
Kim Sang Hyuk

Namun begitu, Kim Sang Hyuk tidak memberikan punca kepada perceraiannya. Dia hanya mengucapkan penyesalan atas kegagalan rumah tangganya.

“Aku rasa ini semua salah aku dan berasa kehilangan banyak kesempatan untuk melakukannya dengan baik dan hatiku sungguh berat. Aku menyesal menyampaikan berita yang sangat berat ini,”

– Kim Sang Hyuk
Kim Sang Hyuk

Dalam pada itu, agensi pengurusan penyanyi itu juga menyatakan bahwa proses perceraian ini sebaik mungkin akan diselesaikan secara baik dan memohon agar peminat tidak terus mencari punca kedua-duanya bercerai. 

“Kami juga meminta para peminat supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan cerita yang berlebihan tentang isu ini,”

– Kim Sang Hyuk
Sumber: KopiPlanet.com

What do you think?

62 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kemeja Putih Lengan Dilipat, Perunding Imej Ini Kongsi Rahsia Sebalik Penampilan PM

Kedai Gunting Rambut & Kedai Dobi Antara Sektor Tambahan Dibenarkan Beroperasi