in ,

Kedai Gunting Rambut & Kedai Dobi Antara Sektor Tambahan Dibenarkan Beroperasi

Petang Jumaat semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kerajaan bersetuju untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 15- 28 April.

Namun memahami luahan masyarakat susulan dari keputusan yang diambil tersebut, beliau juga berkata kerajaan akan memberikan kelonggaran kepada beberapa sektor industri tambahan untuk kembali beroperasi. Di bawah kami senarai sektor pengilangan dan perkhidmatan yang dibenarkan diantaranya kedai gunting rambut, hardware dan juga kedai cermin mata.

Kedai Gunting Rambut & Kedai Dobi Antara Sektor Tambahan Dibenarkan Beroperasi

Senarai Penuh Servis & Kedai Yang Boleh Beroperasi Sebagaimana di Bawah :

1. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

2. Industri Mesin dan peralatan

3. Industri Aeroangkasa

4. Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan
(i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
(iii) Kerja-kerja terowong
(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan
(v) Kerja-kerja cerun
(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
(xi) Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk arkitek, jurutera perancang bandar, juru-ukur tanah, juru ukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan.

5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D)
– (hanya terhad kepada: perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak & gas; aktiviti aktviti R&D berkaitan COVID19; makmalmakmal ujian bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja.

6.  Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar
(hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)

7.  Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).

9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)

Syarikat-syarikat dalam sektor-sektor tambahan yang disenaraikan boleh membuat permohonan beroperasi kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bermula Isnin, 13 April 2020, dari jam 9 pagi.

Semua permohonan mestilah dibuat secara atas talian di laman sesawang MITI, www.miti.gov.my.

Hati-Hati Risiko Penularan Wabak Di Kedai Gunting Rambut Agak Tinggi

Mungkin lebih dari empat minggu tidak menggunting rambut, ada yang sudah mula terbayang sedikit masa lagi akan menjadi Chuck Noland dalam filem Cast Away yang dilakonkan oleh Tom Hanks, rambut serabai tidak terurus bersama pakej jambang dan misai ‘bersepah’ apabila PKP tamat.

Ada benarnya kegusaran ini kerana melalui pemerhatian penulis, ia boleh terjadi kerana tidak berlaku social distancing semasa menggunting rambut. Faktor ruang kedai yang kecil dan pengudaraan yang terhad boleh membuatkan semua yang ada di dalam kedai tersebut akan terdedah untuk dijangkiti semasa sedang menunggu giliran yang selalunya mengambil masa lama.

BARBER KEDAI GUNTING

Kedai perkakasan, elektronik dan gunting rambut antara 9 sektor ekonomi tambahan yang dibenarkan beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) di bawah syarat ketat.

Orang ramai dan pemilik premis gunting rambut yang dibenar beroperasi semasa fasa tiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu mengambil langkah pencegahan sewajarnya bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

Public Health Malaysia menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya, menyatakan bahawa langkah pencegahan dan kerjasama penuh daripada kedua-dua pihak itu perlu bagi mengelakkan pewujudan kluster baharu COVID-19.

“Faktor risiko penularan COVID-19 di kedai gunting rambut agak tinggi kerana jarak rapat antara pelanggan dan tukang gunting rambut, tempoh masa yang lama di dalam premis iaitu sekitar 15 minit, selain ruang kedai yang sempit dengan pengudaraan yang terhad,”

– Public Health Malaysia

Sehubungan itu, Public Health Malaysia menyarankan supaya pemilik premis memastikan mereka tidak mempunyai gejala demam atau batuk selesema, melakukan disinfeksi harian premis, menyediakan ruang pengudaraan yang baik; dan mengawal kemasukan pelanggan serta membersihkan rambut yang sudah digunting.

Pelanggan pula perlu disaring dan mereka yang bergejala tidak dibenarkan masuk, menggunakan penutup mulut dan hidung (sekiranya bergejala), membasuh tangan sebelum memasuki premis dan duduk; serta menjaga jarak sosial.

Public Health Malaysia turut menasihatkan masyarakat supaya sentiasa bersedia mempersiapkan diri ke arah budaya kehidupan baharu yang mengutamakan langkah pencegahan wabak COVID-19 dalam semua aktiviti harian.

Tindakan dan ketegasan Kerajaan mungkin ada yang dilihat menyulitkan dan merenyahkan tetapi perlu disedari ekosistem ekonomi, cara bekerja, rutin kehidupan dan amalan biasa masyarakat telah berubah 360 darjah kerana Covid-19. Kita kini berada dalam fasa menjalani kehidupan dengan kebiasaan baharu.  Kita perlu beradaptasi dengan keadaan ini kerana kita ingin menang melawan Covid-19!

Semalam, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan beberapa sektor tambahan beroperasi antaranya industri automotif, projek pembinaan serta perkhidmatan terpilih termasuk perkhidmatan gunting rambut asas untuk beroperasi secara berperingkat semasa PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April depan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kim Sang Hyuk Umum Cerai Ketika Ulang Tahun Pertama Perkahwinan

Ibu Aliff Syukri, Rozita Ibrahim ‘Unfollow’ Shahida di Instagram