in

Kim Hyung Joong Akan Datang ke Malaysia

Budiey ada dengar ura-ura tentang artis kegemaran ramai, Kim Hyung Joong akan datang ke Malaysia.

Kim Hyung Joong

Kalau tak kenal dengan Kim Hyun Joong, beliau adalah salah seorang ahli SS501 yang cukup dikenali ini akan mengadakan sidang media pada 20hb Ogos ini di Malaysia! Kunjungannya untuk kali ini adalah bagi mempromosikan mini album beliau yang telah pun berada di pasaran pada Julai 2011. “Break Down” merupakan album pertama beliau sebagai penyanyi solo.

Album yang telah pun diriliskan di Korea pada 8 Jun yang lepas ini mengandungi beberapa lagu lain seperti “Intro” (Let Me Go), “Please”, “Kiss Kiss”, dan “Yes I Will”. Penjualan “Break Down” telah mencapai lebih daripada 100,000 naskhah di Hanteo Chart dalam masa 2 minggu. Beliau juga telah meraih kemenangan selama dua minggu berturut-turut di KBS2 Music Bank (TV show) dengan lagunya, “Break Down”. Bagi peminat Kim Hyun Joong, semestinya kedatangan artis kegemaran ramai ini ke Malaysia adalah sesuatu yang dinantikan.

Kim Hyung Joong

Kim Hyung Joong

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malaysia Science Technology & Innovation MySTI Expo 2011

Rakaman Mentor Raya 2011 Musim 5