in ,

Kilafairy Kini Bertudung, Neelofa Doakan Rakannya Kekal Istiqamah

Melihat perubahan positif pada kenalan atau sahabat kita pastinya mengujakan. Itu yang dirasakan pengacara dan model terkenal, Neeelofa yang mengucap rasa syukur melihat rakan selebriti, penyanyi Kilafairy dengan imej berhijab.

Imej seksi begitu sinonim dengan pelakon dan penyanyi, Kilafairy, 28. Bagaimanapun, 2020 menyaksikannya berubah dan menjaga penampilan diri. Doa ibu bapa yang tidak pernah putus, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan akhirnya memilih berhijrah dan memakai tudung sempena keberkatan Syawal, sejak kelmarin.

Penghijrahannya itu sering dengan impian mahu berubah menjadi lebih baik dan memperbaiki diri, tahun ini.

Kilafairy Bertudung

“Saya percaya niat yang baik akan dipermudahkan. Hati saya terbuka mahu mengenakan hijab.

“Saya membulatkan tekad tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa.

“Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Apa yang lebih diharapkan saya kekal istiqamah,”

– Kilafairy
Kilafairy Bertudung

Awal tahun ini, anak kepada penyanyi era 1980, Rohana Jalil membuang imej seksi dan mula berpakaian sopan secara perlahan-lahan. Kini, pengusaha produk kesihatan itu sudah terbiasa dengan gaya terbaharu.

“Perubahan ini seiring dengan peningkatan usia dan kematangan diri. Saya percaya dalam hidup kita tidak boleh terus berada di takuk lama, perlu ada penghijrahan.

“Saya berhasrat mahu menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Sudah enam bulan saya menjaga penampilan diri, nyata saya selesa,” katanya pelakon filem Karak dan Hoore! Hoore! itu.

– Kilafairy
Kilafairy Bertudung

Menerusi Instastory Neelofa turut mendoakan agar sahabatnya itu terus kekal istiqamah dan menjadi seorang wanita solehah.

“Aku doakan semoga kau terus istiqamah, semoga Allah kuatkan hati kau, kuatkan iman, tegakkan iman, dapat menerima manfaat, boleh jadi wanita solehah dan contoh teladan kepada ramai orang

“Semoga kau sentiasa bahagia, tenang dan disayangi ramai. Kilafairy dah berhijab! Cantik.. muka macam wanita Pakistan pula,” kata Neelofa kepada Kilafairy yang dilihat sedang memandu di sebelahnya .

– Kilafairy
Kilafairy Bertudung

Rata-rata netizen di laman sosial memuji ‘penghijrahan’ Kila dan mendoakan agar penyanyi itu kekal istiqamah . Kila sebelum ini ada meluahkan hasrat untuk mengubah pandangan orang ramai terhadapnya yang sinonim dengan imej seksi.

Sumber: BH Online

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Perutusan Khas PM Ditunggu Rakyat, Adakah Rentas Negeri Dibenarkan?

Promosi Syawal Habib Mengajak Pengguna Melabur