KIKO’S SMILE ANIMASI PENGEMBARAAN KANAK-KANAK

KIKO’S SMILE, SETIAP RABU, JAM 2.30 PETANG DI RTM1

Siri pengembaraan animasi Kiko’s Smile kembali menemui penonton setia saluran RTM1, setiap Rabu, jam 2.30 petang yang pastinya mengubat kerinduan kanak-kanak terhadap adiwira kesayangan mereka yang lincah dan pintar di sisi kucing dari syurga.

Dilahirkan dengan mental yang menakjubkan dan berbakat dalam gimnastik, penampilan Kiko berbeza dengan kanak-kanak seusianya malah lebih tinggi daya pemikirannya membuatkan dirinya disenangi dan disanjungi ramai.

Malangnya kelebihan Kiko tidak disedari keluarganya malah begitu juga dengan gurunya di sekolah. Kiko menjadi kurang selesa dengan keupayaan luar bisanya namun pada masa yang sama situasi itu menjadikannya seorang manusia yang tabah.

Di sebalik kelebihannya, dalam kehidupan seharian Kiko dia juga memiliki naluri kanak-kanak perempuan dan gadis yang terjebak juga dengan masalah berlaku pada usianya. Kiko tidak dapat lari berdepan dengan situasi jatuh cinta kali pertama. Selain ligat bermain di sekolah bersama rakan seusianya.

Malah Kiko juga turut berlumba-lumba memenangi pertandingan dianjurkan di sekolah dan bersaing dengan teman-teman sekelasnya yang lain untuk menarik tumpuan guru dan orang-orang di sekelilingnya.

Menerusi setiap episod siarannya, Kiko memaparkan keupayaan luar biasanya. Begitu pun Kiko tetap tersenyum berdepan dengan kehidupan sehariannya.

Kepada kanak-kanak yang merindui aksi menarik wira kanak-kanak pintar berusia empat tahun ini, jangan ketinggalan meluangkan masa menyaksikan animasi Kiko’s Smile setiap Rabu, jam 2.30 petang menerusi RTM1.

[tags]kiko smiles, animasi, kembara, rtm1, akademi fantasia, breep breep, buah hati, gambar anak saida tarudin, maths genius, maths whizz kidd, mba at harvard, konsert keempat akademi fantasia, marabahaya mp3, nadia, naim, panties, pantis, persatuan anti saida, Jim Sturgess, Kate Bosworth, Kevin Spacey, Laurence Fishburne, selendang biru, stacy, toy boy[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Impak Maksima The Musical di Istana Budaya Disember Ini?

Gambar Nana Baju Jarang Meletop Seksi Fun