in , ,

Kibar Bendera Putih Bagi Yang Memerlukan, Heliza Helmi Ajak Semua Saling Membantu

Semoga sama-sama kita berusaha untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Kepada anda yang susah boleh kibarkan bendera putih di pintu pagar.

Tekanan hidup dikhabarkan semakin meningkat kerana impak penularan COVID-19. Ini kerana apabila perintah berkurung dikeluarkan, banyak perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi sekaligus ia menyumbang kepada pengangguran dan pemotongan gaji.

Perkara ini mampu menyumbang kepada tekanan hidup untuk perbelanjaan harian, tambahan lagi buat mereka yang perlu menanggung ahli keluarga.

Cadangan demi cadangan dikongsikan orang ramai untuk memberi bantuan kepada yang memerlukan.

Pelakon dan penyanyi Heliza Helmi telah berkongsi di Instagram miliknya tentang cadangan yang diperkatakan ramai iaitu mengibar bendera putih di rumah.

Heliza

“Cadangan, sesiapa yang ada perlu bantuan naikkan bendera putih, inilah masanya kita bersatu padu membantu. Mmg kita berada fasa mencabar, namun in sha Allah dengan kebersamaan PEDULI UMMAH DAN PEDULI RUMAH, kita semua adalah duta kemanusiaan yang prihatin in sha Allah!”

Cadangan itu adalah bernas kerana masyarakat dapat mengetahui siapa sebenarnya yang memerlukan bantuan.

Kita tidak mahu lagi mendengar berita tentang tindakan menyedihkan yang terpaksa dibuat akibat tekanan hidup yang dilalui.

Sementara itu, cadangan ini mendapat sokongan ramai melalui ruangan komen.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Josiah Hogan | 21

Berkonsepkan Rentas Masa, Filem ANTARAMASA Lakonan Josiah Hogan Ditayangkan di Astro First

Tengku Zafrul | 22

Bayaran Minimum RM50! Ketahui Info Penting Ini Sebelum Ahli KWSP Buat Permohonan