in , ,

Khilaf Kaum Hawa, Adakah Kita Mangsa dalam Drama Bersiri HAWA 

Khilaf kaum hawa dalam semua peringkat usia, bangsa serta golongan baik kaya mahupun miskin yang mengharungi pelbagai corak serta gaya kehidupan yang terkesan dengan kesilapan mereka.

Kisah yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita ini diangkat dalam drama bersiri bertajuk “Hawa” mulai 1 Januari ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9.00 malam di TV Okey.

Drama bersiri arahan sutradara Heykal Hanafiah yang cukup sinonim dengan kisah-kisah cerita kehidupan masyarakat yang begitu dekat pada jiwa penonton ini mengandungi pelbagai rencah serta gaya kehidupan masyarakat khususnya wanita merangkumi suka duka kisah kekeluargaan, percintaan, kasih sayang, pengorbanan, persahabatan, kerjaya yang terangkum dalam 13 episod.

Khilaf Kaum Hawa, Adakah Kita Mangsa dalam Drama Bersiri HAWA

Menampilkan pelakon Faezah Elai, Wan Sharmila, Shah Jaszle, Syafie Naswip, Dayana Roza, Syazwan Zulkifli, Oktovia Manrose, Lia Natalia dan Hairi Safwan.

Antara perkongsian tajuk diketengahkan termasuklah ‘Kasih Yang Terlerai’, memaparkan kehidupan berumahtangga Zara dan Syamil yang berdepan konflik bila si suami dibuang kerja. Ketika itu mereka baru dikurniakan anak sulung. Situasi itu membuatkan Zara tertekan kerana berdepan dengan masalah kewangan. Kemunculan bekas kekasihnya, Malik menimbulkan situasi tegang dalam rumahtangga mereka. Mampukah Zara bertahan atau dia tewas dan kehilangan insan yang disayang? 

‘Waktu Yang Terhenti’ pula menonjolkan ceritaRozie berperwatakan lelaki kerap menghabiskan masanya melepak bersama-sama rakan-rakannya. Bapanya, Pak Jenal yang menghidap penyakit seringkali diabaikan membuatkan lelaki itu lebih selesa berkongsi masalah dengan Isyam, duda yang ditinggalkan isteri. Pak Jenal sebenarnya mahu menjodohkan Rozie dengan Isyam namun impiannya tidak semudah itu untuk dilaksanakan. 

‘Benang Emas’ pula mengisahkan Fatimah balu yang kematian suami taksub untuk menerima lelaki muda menjadi suaminya. Kemunculan Zaher Khan, lelaki Pakistan yang lebih muda berjaya menarik perhatiannya berkahwin semula. Namun rupa-rupanya Zaher mempunyai niat jahat terhadap anak Fatimah, Syakila. Mujur niat jahatnya itu dapat dihidu pak ciknya, Shamsul yang cuba menyelamatkannya. 

‘Rapuh’ berkongsi kisah Hanum berkahwin dengan seorang pemandu kepada pendakwah muda, Faris. Namun perkahwinan mereka masih tidak dikurniakan anak. Tanpa diduga Faris berkahwin lain dengan Marlia. Situasi itu membuatkan Hanum menghadapi tekanan perasaan hingga bertindak di luar kawalan.  

‘Shanti’ pula tentang Cikgu Shanti, guru yang tegas dan sentiasa fokus sewaktu mengajar. Malang menimpa Cikgu Shanti kerana sikap suaminya Nathan yang mengabaikan tanggungjawab dan banyak menghabiskan wang pada minuman keras. Nathan sentiasa bertengkar dengan Cikgu Shanti setiap kali pulang ke rumah tanpa menghiraukan perasaan anak tunggal mereka. Suatu hari Cikgu Shanti rebah dan mengalami serangan barah otak. Keadaan ini telah membuatkan Cikgu Shanti bimbang dengan situasi yang tidak terduga itu. 

Khilaf Kaum Hawa, Adakah Kita Mangsa dalam Drama Bersiri HAWA

Perkongsian tajuk ‘Bukan Jalan Terpilih’ tentang Joanna yang baru sahaja menamatkan pengajian di sebuah kolej di Kuala Lumpur menghadapi kesukaran hidup di bandar besar. Rakan serumahnya iaitu Adeline bekerja di syarikat haram scammer yang menjalankan aktiviti salah disisi undang-undang. Akibat tawaran gaji yang lumayan daripada Syamil, Adeline tidak memikirkan langsung operasi syarikat Syamil. Syamil cuba memperdaya Joanna kerana sedar Joanna juga seperti Adeline yang mudah dipengaruhi dengan wang serta kebendaan. Malangnya Joanna lebih bijak dan bekerjasama dengan sepupunya, Ronny pegawai polis dari Cawang Khas Bukit Aman memberkas pesalah tersebut. 

Kisah ‘Hawa’ tentang Rahimah berniaga di sebuah warung tinggal bersama anaknya, Jamal. Warung Rahimah sering dikunjungi oleh ramai pelanggan tetapi ramai yang tidak menyedari Rahimah menggunakan sihir pelaris untuk menarik pelanggan sehingga beberapa warung serta peniaga menjual makanan di tepi jalan mulai suram. Khairol datang ke kampung bersama bapanya, Dato’ Azman untuk meninjau pengambilan tanah yang dibeli oleh syarikat bapanya. Dato’ Azman terpikat pada Rahimah sebaliknya wanita berusia itu lebih menyukai Khairol yang lebih muda. Rahimah menggunakan sihir untuk menundukkan Khairol suka kepadanya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wanna Ali Batalkan Majlis Bertunang Dengan Kekasih, Yakin Ada Hikmah

Betul Ke Filem Dunki Dikatakan Filem Terbaik Shah Rukh Khan?