in , ,

Khai Bahar Nyanyi Lagu SENGSARA Untuk OST Filem Eksklusif DENDAM PENUNGGU

Sengsara merupakan buah tangan terbaharu dari penyanyi popular Khai Bahar selepas lagu cinta ‘Hilang Gelita’ yang mewarnai drama Kisah Cinta Rumi. Lagu ciptaan trio komposer hebat John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K ini merupakan lagu runut bunyi (OST) kepada filem Dendam Penunggu.

DENDAM PENUNGGU merupakan filem eksklusif pertama dari tonton CINEMA dan akan menemui penonton pada bulan Ogos depan. 

“Syukur alhamdulillah Khai sangat berbesar hati apabila pihak Monkey Bone menawarkan kepada Khai untuk menyanyikan lagu Sengsara untuk OST Dendam Penunggu. 

Semasa mendapat tawaran tu agak last minute dan kami terus setuju tanpa berfikir panjang sebab diberikan peluang kerana lagu ni sangat sedap dan unik. Alhamdulillah sempat disiapkan walaupun ada cabaran tersendiri dengan keadaan pandemik COVID-19 di negara kita.

Harapan Khai lagu ni akan dapat dihayati dan diterima oleh pendengar semua. Khai pun tidak sabar nak menonton filem Dendam Penunggu ini pada bulan Ogos nanti.”

– Khai Bahar
OST-Sengsara-Poster

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan, Penerbitan Program Dalaman Media Prima, Puan Nor Shahila Harun Shah turut meluahkan perasaan gembira apabila Khai Bahar sudi menerima tawaran untuk menyanyikan lagu Sengsara ini. 

“Khai Bahar mempunyai mutu suara yang lunak dan mudah melekat di telinga pendengar. Kami yakin dengan kebolehan Khai untuk menyampaikan sebuah lagu ini dengan baik.

Harapan kami agar peminat Khai akan dapat menyokong lagu single terbaharu Khai ini.” 

– Puan Nor Shahila Harun Shah

Sengsara sudah boleh di strim di semua pelantar digital bermula dari hari ini. Lirik video rasmi Sengsara pula dapat di tonton di Youtube Monkey Bone.

LIRIK SENGSARA NYANYIAN KHAI BAHAR

Lagu: John Jeeves , Firdaus Rahmat , Omar K

Lirik: John Jeeves , Firdaus Rahmat , Omar K

Copyright Owner: MonkeyBone Records 

Puaskah hatimu

Melukakan seorang yang kau cinta?

Tanggung duka tapi ku sembunyikannya

Tangisan diendah

Janji yang dimungkiri hingga noktah 

Di hujungnya

Masa kau akan tiba

Dalam sengsara

Kamu

Kekal kau di situ

Sentuhanmu sengat berbisa

Jauh dari aku

Dalam sengsara 

aku

selamat dari mu

Tusuk jiwa tinggalkan sisa

Hilang selamanya

Mengalirnya merah

Tiada lagi hiba yang bergema

Parut lama masih timbulkan kesannya

Sesalan melanda,

Bila topeng pendusta mu dibuka

Benar nyata

Padahku bergelita

Timbangan neraca di akhir segala

Sehalus misteri merungkai jawapan

Bersama raga, sengketa semadikan

Selagi bernyawa kasih akan berkuasa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sultan Kelantan Titah Jangan Balik Kampung, Sekali Ini Yang Berlaku Di SJR Sempadan Negeri Kelantan

Caprice Tegur Ebit Liew Isu ‘Show Off’ Misi Bantuan di Palestin, Akaun IG Caprice Kena ‘Block’