in ,

Ketahui Rahsia Minuman Kegemaran Anda Dalam Dokumentari GLOBAL DRINKS

Setiap seorang daripada kita pastinya mempunyai jenis minuman kegemaran yang berbeza. Menceritakan sejarah enam jenis minuman paling universal yang telah menjadi keperluan penting dalam kehidupan seharian kita.

Minuman ringan, kopi, susu, air mineral, jus buah-buahan, dan teh kini telah menjadi ikon kedai runcit global. Meneliti bagaimana minuman ini telah tersebar di seluruh dunia, setiap episod dokumentari bertajuk “Global Drinks” bakal membincangkan sejarah, sains, ekonomi, budaya dan kepuasan, juga mendedahkan rahsia minuman kegemaran dan universal ini.

Enam jenis minuman popular yang digemari masyarakat dunia ini ternyata setiap satunya mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Lebih daripada sekadar minuman yang mudah diperolehi dimana sahaja atau pun sekadar pelepas dahaga, kisah minuman ini dimuatkan dalam dokumentari yang bakal berkongsi ‘rahsia’ di sebalik enam jenis minuman yang disebutkan.

Global Drinks

Enam episod dokumentari yang disiarkan mulai 28 Februari ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.30 petang di TV1 ini bakal membongkarkan enam jenis minuman berbeza yang dikupas secara terperinci setiap satu diarahkan oleh Emma Tassy, ​​Gerard Lafont, Pierre Bourgeois, Pierre-Olivier François, dan Stephen Teale. 

Enam kisah yang luar biasa dan tidak dijangka yang disulami dengan kejutan, anekdot dan fakta-fakta menarik, yang dibawa oleh watak-watak utama dalam situasi yang tidak diduga. Dibandingkan dengan hidangan seperti pizza, sushi, kentang goreng, pasta, sandwich dan aiskrim, setiap jenis minuman ini memiliki kelebihannya sendiri dan dikategorikan sebagai minuman seimbang.

Hilangkan dahaga anda dengan menyaksikan ‘Global Drinks’ yang menerangkan satu lagi aspek khasiat sejagat melibatkan cecair yang menghidratkan dalam tubuh seseorang.  

Luangkan masa menyaksikan tajuk The Juicy Adventure Of Juice, The Global Milk Around, Tea For Two…Billions, Coffee Please!, Water, Water, Everywhere, dan Soda: The Magic Formula! yang dimuatkan dalam dokumentari ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isma Yusoof | 16

“Saya Bangga Saya Pondan,” – Isma Yusoof Mengaku Dirinya Transgender Secara Terbuka

Ernie Zakri | 17

Lagu Sinar Mata Hati Nyanyian Ernie Zakri Akhirnya Dilancar Selepas Dua Tahun Dirakam