in , ,

“Saya Bangga Saya Pondan,” – Isma Yusoof Mengaku Dirinya Transgender Secara Terbuka

Pelakon yang juga pengarah Isma Yusoof sejak beberapa hari lalu menjadi topik perbualan di media sosial selepas dia mengakui dirinya adalah seorang transgender.

Pelakon dan pengarah Isma Yusoof sebelum ini menggemparkan industri apabila mengaku dirinya sebagai seorang transgender malah dia mengakui tidak peduli dengan kecaman netizen yang dilemparkan terhadapnya.

Menerusi sebuah hantaran di IGTV miliknya, Isma atau nama sebenarya Azma Aizal Yusoof berkata dia ingin menjadi dirinya sendiri tanpa perlu berpura-pura dan akui hanya tertarik kepada lelaki.

Hanya Tertarik Pada Lelaki

“Saya bangga saya PONDAN.

“Saya hanya tertarik kepada Lelaki Maskulin. Insyaallah,”

– ISMA YUSOOF

Menerusi video berdurasi 6 minit 44 saat itu, Isma mengakui yang dia sebenarnya memang sudah cenderung dan mempunyai ciri kewanitaan sejak kecil lagi. 

Namun peminat mungkin tidak menyedari perkara tersebut sebelum ini kerana mereka hanya melihat dirinya ketika dalam lakonan.

“Baik saya berterus terang, ya saya memang pondan, saya pondan dari kecil sejak azali. Kalau anda tengok gambar-gambar Isma masa kecil memang pose tu macam d pondan atau perempuan dah.

“Cuma korang ni korang base on lakonan Isma tau. Of course la Isma masuk dalam industri watak-watak yang diberikan watak straight,” 

– Isma Yusoof
Isma Yusoof

Bangga Dengan Fizikal Seorang Lelaki

Bagaimanapun, tegas pengarah filem Blok 404 ini dia tidak perlu menukar jantinanya mahupun melakukan pembedahan kosmetik hanya untuk kelihatan seperti seorang perempuan. Meskipun sifatnya lebih ke arah seorang perempuan, namun bagi Isma dia berbangga dengan wajah dan fizikalnya sebagai seorang lelaki sejati.

Dia sudah berperwatakan lembut sejak kecil, namun ramai yang tidak mengetahui kerana dikaburi oleh lakonannya yang sering membawa watak lelaki sejati. Isma juga berkongsikan yang dia mengakui lebih selesa dengan keadaan dirinya sekarang.

“Ada yang persoalkan suara saya, cakap muka saya ini muka jantan. Tak macam Sajat atau pondan-pondan yang makan hormon”

“Kenapa nak kena makan hormon? Bila korang tak terima transgender ini korang hanya terima wanita dan lelaki, itu yang pondan ramai makan hormon. Potong itu, potong ini, operate sana sini menjadi wanita untuk masyarakat terima”

“Saya gembira dengan wajah, badan dan suara saya”

“Tak perlu nak kepit suara sebagainya, oh tidak. Tetapi kalau berlakon kena kepit, saya kena kepitlah” dedahnya.

– Isma Yusoof

Malah Isma atau nama betulnya Muhamad Ismaizal Yusoof,  turut menegaskan yang dia tidak peduli akan kecaman yang bakal dilemparkan masyarakat di atas pengakuannya.

“Ramai juga yang kata kenapa muka saya macam jantan, tak macam Sajat. Tak makan pil hormon untuk jadi macam wanita. Dan suara tak macam perempuan.

“Kenapa saya nak buat semua tu? Saya gembira dan terima bagaimana diri saya.

“Oleh kerana masyarakat hanya menerima lelaki dan perempuan, maka sebab itu pondan kena makan hormon potong itu ini untuk diterima masyarakat,” katanya lagi.

– Isma Yusoof
Isma Yusoof

Lebih mengejutkan apabia dia secara terbuka turut mengakui yang langsung tidak mempunyai nafsu terhadap wanita sebaliknya lebih sukakan kaum sejenis.

“Mak bukan lesbo (lesbian), saya adalah wanita, dalam diri saya adalah wanita, jadi sexual attractionsaya adalah terhadap lelaki.

“Jadi lepas ni jangan tanya lagi perubahan saya. Saya pondan, dan bangga dengan keadaan itu,”

– Isma Yusoof

Tambah Isma lagi, sebelum ini juga dia pernah didatangi wanita yang ingin cuba kembalikannya sebagai lelaki namun dia menolaknya dan terima bahawa dirinya adalah seorang transgender.

Ekoran itu, Isma berharap agar tiada lagi pihak yang terus mempersoalkan tentang apa-apa yang berkaitan fizikal dan suaranya.Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Isma meninggalkan respon positif dan memuji hasil karyanya dalam bidang seni.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mk 2021 | 16

Perjalanan Yang Bukan Mudah, MK Imbau Cabaran Getir Sebelum Jadi Popular

Fesyen Travel Trending | 17

Ketahui Rahsia Minuman Kegemaran Anda Dalam Dokumentari GLOBAL DRINKS