in , ,

Keseronokan Membeli-Belah Lazada 11.11 Berterusan Sehingga 15 November!

Lazada 11.11 Super Show telah berlangsung dengan jayanya pada 10 November di TV3, saluran Youtube TV3Malaysia dan saluran penstriman langsung dalam aplikasi LazLive dengan pemberian baucar-baucar berjumlah RM40,000 kepada para penonton.

Lazada 11.11 Super Show telah menawarkan pelbagai tawaran hebat dan persembahan mantap daripada barisan selebriti popular dari Korea dan Malaysia. Lazada 11.11 adalah jualan terbesar Lazada, di mana pembeli boleh berjimat sehingga 70% peratus, dan diskaun adalah berterusan sehingga 15 Nov di aplikasi Lazada. 

Selain daripada pelbagai tawaran harga hebat dan baucar eksklusif, tiga buah kereta juga menjadi rebutan para penonton sepanjang berlangsungnya siaran Lazada 11.11 Super Show. Senarai jenama yang menyertai rancangan ini dan menampilkan tawaran terhebat ialah CARLO RINO, REALME, POCO, TEFAL, PUMA, PEDIASURE, NIVEA, LEGO, OSIM dan RALPH LAUREN. 

Tirai Lazada 11.11 Super Show dibuka dengan persembahan tarian penuh energetik daripada Zeppo Youngsterz Crew. Seterusnya, penonton dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Neeta (Move On), Usop (Sejarah Mungkin Berulang), Wany Hasrita (Cinta Khayalan), Dayang Nurfaizah (Di Pintu Syurga), serta kumpulan K-Pop, Seventeen yang juga merupakan duta kebahagiaan Lazada mempersembahkan tiga lagu hits iaitu Anyone, Left And Right dan Ready To Love. 

Lazada 11.11 Super Show yang dihoskan oleh Haziq Hussni dan Sean Lee telah menyaksikan persaingan antara dua pasukan iaitu Team Blue (pasukan biru) dan Team Pink (pasukan pink) menerusi siri permainan, nyanyian, sketsa dan juga pelbagai cabaran yang menarik! 

Team Blue diketuai oleh Ain Edruce bersama-sama dengan Sarah Suhairi, Ismail Izzani dan Neeta Manis manakala Team Pink pula dipimpin oleh Sissy Imann serta dianggotai oleh Nora Danish, Luqman Faiz dan Usop. Kedua-dua pasukan perlu menjalani empat cabaran yang berlainan untuk meraih undian daripada penonton di aplikasi Lazada. Team Blue yang telah menang secara keseluruhan telah menekan Super Voucher buzzer untuk memberikan voucher rain di penghujung program. Para penonton dapat mengumpul pelbagai baucar menarik untuk menikmati diskaun hebat semasa ‘check out’ tepat pukul 12.00 tengah malam tadi. 

Lazada 11.11 adalah acara Jualan Sehari Terbesar Lazada yang menawarkan diskaun sehingga 70% dengan jaminan harga terendah berserta penghantaran percuma*. Nikmati pelbagai tawaran menarik ‘After Party Sales’ di aplikasi Lazada sehingga 15 November 2021. Layari www.lazada.com.my serta laman media sosial untuk dapatkan informasi lanjut.  *Tertakluk pada terma dan syarat

Lazada 11.11
Lazada 11.11
Lazada 11.11

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iman Troye 2021 | 20

Giliran Iman Troye Terbentang di Papan Iklan Digital New York Times Square

Noordin Kid

Gitaris Search, Noordin & Kid Tampil dengan Rockology Search : Kid’Din Collection Series