in ,

Gitaris Search, Noordin & Kid Tampil dengan Rockology Search : Kid’Din Collection Series

Buat peminat Search, ini pastinya sesuatu yang dinanti-nanti. Pemain gitar Search, Noordin dan Kid kini tampil dengan Rockology Search : Kid’Din Collection Series yang mengandungi 17 barangan istimewa dalam satu Rockobox.

Khas buat peminat setia Search, Rockobox istimewa itu mengandungi :

– CD berkembar digipak (143mm x 190mm) yang mengandungi 22 lagu Search yang diremastered serta satu trek bonus menampilkan solo gitar Noordin.

– Buku lirik 16 muka surat (135mm x 165mm).

– Sijil Authentic boxset yang ditandatangani Noordin dan Kid lengkap dengan nombor siri.

– Booklet 16 muka surat diskografi Search (300mm x 210mm)

– Credit title dengan tulisan tangan Noordin (saiz A4) 

– Credit title dengan tulisan tangan Kid (saiz A4)

– Satu keping Search X Awie Apologia Concert Repertoire (saiz A4)

– Satu keping Search Live in Concert Macau Repertoire (saiz A4) 

– Search Rockology Hard Box (330mm x 230mm x 76mm)

– Sehelai t-shirt Gildan premium cotton Search Rockology ( saiz S – XXXL)

– Sehelai Red Bandana

– Satu unit sticker pack dengan PP white gloss laminate full colour (saiz A5)

– Dua unit embroidery patches Search Rockology

– Satu unit kalendar meja Search (lapan muka surat)

– Satu kraft paper bag Search.

– Satu keping poster Search (saiz A3)

– Empat keping poskad Search

– Trivia 40 Tahun Search

PROMO-BOXSET

CD berkembar mengandungi 22 lagu Search yang dipilih sendiri oleh Noordin dan Kid iaitu Melastik Ke Bintang dari album Karisma, Purnama (Fenomena 2003), Analogi 0.1 (Rampage), Neo Romantik (Rampage), Balada Pemuzik Jalanan (Double Trouble 2), Teguh (Karisma), Bencana (Fenomena 2003), Mancis Dah Basah (Bikin Wilayah), Honky Tong Kosong (Gema Di Timur Jauh), Feel The Pain (Rampage) dan Kereta Merah (Rock & Roll Pie). 

CD kedua pula mengandungi lagu Panggung Khayalan dari album Rock & Roll Pie, Di Pintu Sepi (Double Trouble 2), Bersalah Atau Tidak (Gema Di Timur Jauh), Bayangan Baiduri (Bikin Wilayah), Andai Ku Miliki Semalam (Gema Di Timur Jauh), Diari Habil & Qabil (Rock & Roll Pie), Paranoid (Karisma), Menara Kesesatan (Fenomena 2003), Rock & Roll Pie (Rock & Roll Pie), Roket (Gema Di Timur Jauh) dan Orait Mama (Karisma). 

Gitaris Search, Noordin & Kid Tampil dengan Rockology Search : Kid’Din Collection Series

Turut dimuatkan ialah trek bonus iaitu solo gitar daripada Noordin.

Penerbit dan pemilik Home Of Champions, Mozylir Mokhtaruddin berkata, idea menghasilkan Rockology Search : Kid’Din Collection Series ini diilhamkan Noordin ketika situasi penularan Covid-19 di negara ini dalam keadaan membimbangkan.

“Ketika itu konsert dan persembahan Search ditunda dan dibatalkan berikutan penularan Covid-19. Selepas mengambil kira beberapa faktor, saya, Noordin dan Kid sebulat suara untuk mengeluarkan kompilasi lagu berat dan ballad terbaik yang dipilih sendiri oleh Noordin dan Kid.

“Ia dihasilkan khas dalam bentuk boxset bersama 17 barangan istimewa khas buat peminat Search,” katanya.

Sementara itu, Noordin berkata, semua lagu berkenaan adalah daripada album Search yang diterbitkan syarikat Go Search Sdn Bhd.

“Pada Mac 2020, Amy secara rasmi mengumumkan dia berundur dari Search untuk memberi peluang kepada anggota Search yang lain meneruskan aktiviti kumpulan ini.

“Proses remastered semua lagu ini kami lakukan mengikut prosedur yang betul. Lagipun saya dan Kid ada hak kerana hari ini kami masih anggota Search,” katanya. 

Noordin berkata, dia juga merancang untuk merakamkan semula lagu-lagu Search pada masa akan datang dengan menggunakan khidmat penyanyi dan pemain bass yang lain.

Ditanya mengenai pemilihan lagu-lagu ini, Noordin berkata, semuanya menampilkan sound dan teknik permainan gitar terbaik yang pernah dia dan Kid rakamkan dalam album-album Search.

“Ia adalah rakaman gitar terbaik daripada kami berdua. Ia dari segi teknik, sound dan solo gitar,” katanya.

Rockology Search : Kid’Din Collection Series hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit dan mula dijual secara dalam talian mulai 17 November 2021 dengan harga RM299. 

Ia boleh dibeli di laman web www.fenomenasearch.com, Facebook Home Of Champions, Instagram @homeofchampions.store atau WhatsApp 016-2704544.

Selain itu, pembeli turut berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menampilkan tiga hadiah hebat iaitu Gema Di Timur Jauh custom made guitar (Noordin signature series), Rampage custom made guitar (Kid signature series) dan penginapan dua hari satu malam di Hotel Hard Rock, Desaru Coast, Johor.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keseronokan Membeli-Belah Lazada 11.11 Berterusan Sehingga 15 November!

ANIS NABILAH

Anis Nabilah Raih Platinum Awards, Kukuh Jenama Ke Peringkat Global