in ,

Kes Sindiket Gubah Wang Haram, Alvin Goh Akhirnya Ditahan di Pusat Peranginan

Korang ingat tak kes seorang individu yang didakwa suspek utama sindiket penggubahan wang haram yang melarikan diri dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 11 Oktober lalu.

Terkini, hasil siasatan pihak polis telah berjaya menemukan Goh Leong Yeong atau Alvin Goh yang dikesan bersembunyi di sebuah residensi di sebuah pusat peranginan di Pahang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pihak mereka memulakan risikan sejak 12 Oktober lalu. Hasil pemerhatian mendapati Alvin sering bersembunyi dari satu ke satu lokasi lain.

alvin goh

Namun, suspek yang juga koordinator kepada aktiviti Macau Scam di negara China itu berjaya ditahan pagi tadi bersama seorang wanita warga China dipercayai teman wanitanya.

“Alvin ditahan pada jam 1.20 pagi bersama wanita warga asing dipercayai kekasihnya oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di luar Lembah Klang.

“Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 117,”

– Datuk Huzir Mohamed
alvin goh

Pihak polis masih meneruskan siasatan berikutan dakwaan suspek yang sebelum ini dibantu oleh beberapa pihak untuk melarikan diri dan sering berpindah untuk elak dari diburu polis.

*Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nama DOLLA Trending Gara-Gara Dibandingkan dengan BLACKPINK oleh Media Antarabangsa

Masya Masyitah Menang RM160Ribu, Tewaskan 3000 Peserta Pertandingan Nyanyian Antarabangsa