in ,

Kes Kematian Zulfarhan, Enam Tertuduh Utama Terlepas Hukuman Gantung

Susulan daripada kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu, enam suspek utama yang dibicarakan dilaporkan terlepas hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi.

Perkara tersebut diputuskan oleh Hakim Datuk Azman Abdullah di mana mereka berenam telah disabitkan bersalah di bawah Seksyen 299 dan dihukum mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang dipinda daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Enam tertuduh yang dijatuhkan hukuman tersebut adalah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabir dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Kes Kematian Zulfarhan, Enam Tertuduh Utama Terlepas Hukuman Gantung

Seksyen 304 (a) yang dikenakan terhadap mereka memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun maksimum dan denda, jika sabit kesalahan.

Setelah beberapa tahun kes tersebut dibawa ke muka pengadilan, bukti jelas menunjukkan keenam-enam tertuduh telah mencederakan hingga menyebabkan kematian tanya niat membunuh Zulfarhan.

Manakala 12 lagi tertuduh yang juga pelajar institusi pendidikan yang sama  disabitkan bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan.

Kes Kematian Zulfarhan, Enam Tertuduh Utama Terlepas Hukuman Gantung

Kesemua 12 pelajar terbabit dikenakan penjara maksimum 7 tahun dan denda.

Perlakuan kejam itu dilaporkan telah dilaksanakan dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat UPNM di Kem Perdana, Sungai Besi antara jam 2.30 pagi hingga 5.30 pagi 21 Mei 2017.

Allahyarham Zulfarhan Osman kemudian meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IMAN TROYE NANG

Video Muzik Iman Troye NANG Dapat Sambutan, Terima Lebih 1 Juta Tontonan

Bapa Pelakon Nynaa Harizal Buat Ugutan Jenayah Senjata Api