in ,

Kes Datuk Seri Panjat Pagar SPRM Terjawab, Lepas Tengok CCTV Rupa-Rupanya…

Terdahulu, kecoh satu berita mengenai Datuk Seri yang terlibat dalam sindiket Macau Scam telah melarikan diri dengan memanjat pagar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Gambar Hiasan

Susulan daripada insiden itu, pelbagai persoalan yang timbul adakah suspek dilarikan atau dibantu pihak tertentu. Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, kejadian tersebut berlaku pada 11 Oktober iaitu ketika itu, sembilan orang suspek telah dibawa ke pejabat SPRM untuk urusan dokumentasi jaminan.

Tetapi lain pula yang jadinya apabila kesemua suspek enggan keluar daripada kenderaan masing-masing selepas melihat kehadiran ramai anggota polis di lobi pejabat SPRM selain berlakunya kekecohan. Namun, tidak lama selepas itu, pihak polis akhirnya bersetuju untuk menunggu di pintu utama luar pejabat berkenaan.

Selepas selesai proses dokumentasi jaminan, kesemua OKT dibebaskan dan menaiki kenderaan masing-masing keluar dari Ibu pejabat SPRM. Terdapat empat kenderaan model Velfire memasuki Ibu Pejabat SPRM bagi menjemput suspek yang melarikan diri itu.

Setiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama ditahan polis dan suspek-suspek ditangkap semula polis. Walau bagaimana pun salah seorang seorang suspek yang telah dibebaskan dengan jaminan, diserahkan SPRM kepada peguam beliau.

Dibantu Pengawal Peribadi

Walaupun begitu, suspek utama Macau Scam yang juga merupakan Datuk Seri itu dikatakan sudah memasuki kenderaan Velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu untuk menuju ke pintu pagar utama. Namun, secara tiba-tiba suspek bertindak keluar daripada kereta dan melarikan diri ke pagar sisi pejabat SPRM.

Ketika pihak polis menahan kereta terbabit, baru lah mereka sedar bahawa suspek sudah melarikan diri.

Suspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama. Walau bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, beliau dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan polis.

Menerusi rakaman CCTV memperlihatkan suspek berjaya melepasi pagar tersebut dengan bantuan dua orang ‘bodyguard’. Bukan itu sahaja, sebuah kereta Perodua Myvi telah menunggu di tepi jalan dan bertindak melarikan suspek.

“Ini mengundang keraguan” – Suspek Utama Macau Scam Hilang Lepas Dikatakan Lari Panjat Pagar, PPIM Tuntut Penjelasan PDRM & SPRM

Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial suspek utama bergelar Datuk Seri yang terlibat dalam Macau Scam dan pengubahan wang haram dikatakan hilang dan melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan SPRM Isnin lalu. 

“Kita letak kepercayaan kepada penguat kuasa, tapi jika berlaku yang tidak betul, susahlah” 

– Datuk Nadzim Johan

Menurut Harian Metro, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kejadian aneh itu dibimbangi boleh sebabkan kredibiliti PDRM dan SPRM dipertikaikan masyarakat.

“Apakah prosedur operasi standard (SOP) ketika penyerahan suspek dipatuhi sepenuhnya atau tidak?

“Seperti kes Macau Scam ini, PPIM sudah bawa bertahun-tahun. Apa jaminan kes ini diambil perhatian dan jaminan tidak lagi berlaku pada masa akan datang?

“Kita letak kepercayaan kepada penguat kuasa, tapi jika berlaku yang tidak betul, susahlah, apatah lagi individu disyaki terbabit dengan kes berprofil tinggi,”

– Datuk Nadzim Johan

Tambah Nadzim lagi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga patut bagi perhatian kepada perkara itu kerana ia boleh jejaskan imej penguat kuasa yang telah diberi imej besar.

Bagaimana suspek boleh memanjat pagar dan mampu mengatur rancangan meloloskan diri selepas dibebaskan SPRM untuk proses reman PDRM?

– Datuk Nadzim Johan

“Ketika jangka masa penyerahan suspek kepada PDRM, kenapa tidak ada pengiring dan SOP yang dipatuhi? Ini mengundang keraguan.

“Kita berdepan kes penipuan ratusan juta ringgit duit rakyat Malaysia dengan pembabitan pegawai tinggi pihak berkuasa. Saya harap ada penjelasan berhubung isu ini,”

– Datuk Nadzim Johan

Terdahulu, suspek utama yang dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang SPRM di Putrajaya ini dikatakan melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Ketika kejadian itu, lelaki tersebut bersama 3 lagi suspek yang juga dalang utama kes penipuan Macau Scam dan 2 pegawai polis dalam proses diserah kepada PDRM untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan Macau Scam.

Harap ditangkap dengan segera! 

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kalahkan Ariana Grande, BTS Dinobat Top Social Artis Di Anugerah Music Billboard 2020!

Bekas Isteri Lega Bercerai Dengan Ammar Alfian, Luah Rasa Syukur di IG Stories