in ,

Kes Covid-19 Masih Lebih 7,000 Hari Ini, Selangor Rekod 3,119 & Kes Kumulatif Hampiri 800,000

Bila agaknya Covid-19 ni akan berakhir. Nampaknya sampai sudahlah kita hidup macam ni. Malaysia terus merekodkan kes baharu harian melebihi 7,000 dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan jumlah keseluruhan dalam negara kini mencecah 799,790 kes.

Kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini merekodkan sebanyak 7,097 kes, susut berbanding 7,654 kes semalam.

Dengan angka terbaharu itu, jumlah keseluruhan kes Covid-19 bertambah hampir 800,000 kepada 799, 790, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Selangor terus menjadi penyumbang utama kepada 7,097 jangkitan baharu hari ini dengan merekodkan 3,119 kes.

Kes Covid-19 Masih Lebih 7,000 Hari Ini, Selangor Rekod 3,119

Bagaimanapun, jumlah itu menurun berbanding semalam 3,260 kes.

Kuala Lumpur pula berada pada kedudukan kedua tertinggi kes jangkitan iaitu 1,005, tetapi menurun berbanding 1,550 semalam.

Kes jangkitan harian Covid-19 di Negeri Sembilan juga melonjak kepada 788 kes hari ini berbanding 698 semalam.

Negeri-negeri lain ialah Melaka (358), Sarawak (289), Pahang (258), Sabah (244) dan Johor (224).

Lain-lain negeri di bawah 200 kes kecuali Perlis (2) dan Putrajaya (26), Terengganu (43) serta Labuan (93). 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Finas Tetap Teruskan Festival Filem Malaysia Ke-31 Walaupun Ramai Yang Nak Boikot

Tahniah! Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Dilantik Timbalan Perdana Menteri