in ,

Keroz Nazri Lancarkan Muzik Video Sedia Bercinta Lagi

[dropcap]P[/dropcap]enyanyi & komposer yang juga bekas peserta Masterchef Selebriti musim kedua, Keroz Nazri telah melancarkan muzik video untuk single keduanya yang berjudul Sedia Bercinta Lagi.

Lagu yang pernah memenangi Anugerah Lagu Terbaik Cipta Express MACP 2012 telah dihasilkan ketika Keroz menghadiri acara Cipta Ekspres anjuran Badan Perlindungan Hakcipta Muzik (MACP) pada tahun 2012 yang merupakan tahun kelapan penganjurannya. Lagu ciptaan Keroz manakala liriknya adalah nukilan Eenaz Mokhtar mendapat sentuhan dari Firdaus dari segi susunan muziknya.

Muzik video Sedia Bercinta Lagi yang berkonsepkan “outdoor” ini diarahkan oleh Phuture Phlow Film di sekitar bulan Mac 2013.

Penggambaran muzik video ini dirakam di beberapa tempat iaitu Pulau Pinang, Georgetown dan Batu Ferrighi. Untuk mendapatkan latar belakang bangunan-bangunan lama & bersejarah, beberapa lokasi telah dipilih untuk penggambaran antaranya Jalan Muntri, Lorong Love, Pantai Teluk bahang, Lebuh Light, Pantai Baru Ferringhi,Jalan Penang, Lebuh Pantai dan Jalan Tun Syed Barakbah.

Muzik Video ‘SEDIA BERCINTA LAGI’ ini telahpun dilancarkan di youtube pada 1 Mei 2013 yang lalu tepat jam 11:11 minit pagi. Ketika diajukan soalan kenapa beliau memilih tarikh 1 Mei 2013 jam 11:11 pagi, ini jawapannya :

“Saya memang menyukai no 1 dan selalu ingin menjadi NO 1 dalam apa-apa jua yang saya lakukan. Tambahan pula tarikh 1 Mei merupakan Hari Buruh dan cuti umum. Jadi saya merasakan ramai yang boleh menyaksikan MV saya ini apabila dilancarkan nanti.”

Dari tarikh pelancaran tersebut hingga kini, MV ini telah ditonton lebih 11 ribu pelayar youtube. Ini merupakan perkembangan yang sangat baik bagi sebuah lagu baru apabila mendapat tontonan yang tinggi dalam tempoh 2 minggu.

Kepada pembaca yang nak mengenali Keroz Nazri dengan lebih lanjut, bolehlah klik di laman sosial milik beliau kat bawah ni:

Facebook : https://www.facebook.com/keroznazri
Twitter : https://twitter.com/keroznazri3
Youtube : https://youtube.com/keroznazri

Life Records

Facebook : https://www.facebook.com/liferecordsmalaysia
Twitter : https://twitter.com/liferecordsMY
Youtube : Life Records Malaysia

Keroz Nazri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Talian Undian Anugerah Blokbuster Fasa Kedua Kini Dibuka

Album Kompilasi Zamani Slam dan Shamrin Fotograf