in , , ,

Ini Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 22 AJL22, Malam Penuh dengan Kejutan?

Rasanya ramai dah tahu lagu mana yang menang dalam Anugerah Juara Lagu ke 22. Ramalan Budiey hanya betul untuk Juara Kategori Etnik Kreatif yang dimenangi oleh lagu Samudera. Yang lainnya memang lari daripada sasaran.

Siapa menang? Hehe jap… jap… nak post gambar ni sat…

2222940105 201D2Feb8E | 4
Sebelum kita tengok sape yang menang… korang cuba teka siapakah gerangan perempuan misteri yang macam terapung-apung ni… huhu… tekalah sape? Nanti jawaban dia akan Budiey beri dalam satu entri utama… huhu! Tunggu!

Pemenang Persembahan Terbaik:
Angan Dan Sedar – Mawi

Pemenang Persembahan Vokal Terbaik:
Ceritera Cinta – Lah Ahmad & Jaclyn Victor

Pemenang Kategori Balada:
Izinkan Ku Pergi – Sahri

Pemenang Kategori Pop Rock:
Itu Kamu – Estranged

Pemenang Kategori Etnik Kreatif:
Samudera – Nora

Juara Lagu:
Itu Kamu – Estranged

2223870656 183Df87Ddd | 5

Ternyata malam tadi kemenangan adalah milik mutlak lagu Itu Kamu yang dibawa dan dicipta sendiri oleh Estranged. Tahniah! Buat Estranged yang juga memonopoli bagi kategori Pop Rock. Memang ramai tidak menjangkakan Estranged akan menang. Namun, kerana lagu tersebut dikatakan agak catchy dan mempunyai mutu kelainan berbanding dengan lagu-lagu lain, Itu Kamu dinobatkan sebagai raja sekalian lagu untuk anugerah pada malam tadi.

Rata-rata teman yang Budiey temui pada gala nite sejurus selepas AJL berlangsung semalam bersetuju dan akur dengan kemenangan Itu Kamu. Bagi Budiey sendiri, kemenangan ini adalah satu kemenangan yang besar bagi band dan kumpulan indie tanahair kita. Sekaligus memberi satu impak maksima kepada perkembangan dan penerimaan rakyat jelata dengan kewujudan lagu-lagu mereka yang kian mendapat sambutan.

Estranged, vokalisnya diasah bakatnya di Akademi Fantasia terbitan Astro. Sementara, Mawi pula yang memenangi Persembahan Terbaik pada malam tadi juga dari bumbung yang sama. Kemenangan lagu Kaer yang juga daripada Akademi Fantasia dijulang tinggi oleh vokal mantap Sahri juga dari program realiti yang sama. Satu kebetulan dalam situasi ini di mana Astro sudah jelas melahirkan penyanyi berbakat yang secara kebetulannya juga telah diangkut ke stesen TV3. Isu ini tidaklah berat kerana bagi Budiey AJL adalah satu pertandingan ciptaan lagu, bukan populariti dan gaya vokal artis sebagai penyampai. Sekadar untuk memberi gambaran yang terlintas dalam minda… ada 3 nama anak didik AF dalam senarai.

Oh ya, kemenangan Mawi untuk Persembahan Terbaik adalah berdasarkan kepada penjurian. Bukan kepada keputusan SMS daripada penonton yang sebenarnya bukan berpihak kepada Mawi. Mengikut En Azhar Borhan ketika sidang media AJL tadi, ada lagu lain yang mendapat undian SMS paling tinggi daripada penonton. Budiey rasa lagu Siti Nurhaliza yang pastinya banyak mendapat undian SMS oleh penonton. Ini jelas terbukti dari sorakan penonton di dalam Stadium Putra yang begitu gemuruh sekali ketika dan selepas Siti Nurhaliza membawa lagu Destinasi Cinta. Mengancam habis you all! Cayalah Siti!

Magik dan magik. Itu yang dimainkan oleh AJL kali ini. Untuk menang persembahan terbaik, penyanyi kena pandai buat silap mata di pentas. Termasuk persembahan Mawi yang berjaya memukau penonton dengan menukar pakaian dan jelmaan kanak-kanak comel dan nakal menari lincah dan ini semua berjaya mempengaruhi undian dan sokongan dari para juri.

2223075693 3Aaef26925 | 6

Syabas kepada Jaclyn Victor dan Lah diatas kemenangan Persembahan Vokal Terbaik. Memang mantaplah vokal diorang dan tidak siapa yang berani untuk sangkal dan nafikan lagi. Sementara lagu Samudera menang kerana memberi pembaharuan dalam penciptaan lagu bagi ertnik kreatif. Lirik yang puitis agak santai apabila dihayati dengan lenggok-lenggok ritme lagu yang mempunyai dinamik dan nilai tersendiri. Mesej yang ingin disampaikan dalam lagu Samudera dendangan Nora ini agak positif dan memberi sesuatu nilai kemanusiaan dalam diri pendengar. Itu yang lebih utama sebenarnya.

2223868212 5698520D5A | 7

Akhir kata, tahniah buat semua pemenang. Kepada Estranged, duit hasil menang AJL bolehlah dipergunakan untuk dilaburkan bagi album terbaru kalian. Kalau boleh cipta lagu yang lagi gempak tahun ini!

Mengapa lagu Faizal Tahir – Kasih Tercipta dan Maha Karya Cinta tidak menang? Ooo… itu kena tanya juri lah ya. Hehehe…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Karpet Ungu Anugerah Juara Lagu 22

Gambar Siti Nurhaliza di Anugerah Juara Lagu 22