in ,

Gambar Siti Nurhaliza di Anugerah Juara Lagu 22

Ini dia jawaban kepada teka teki kita di entri yang ini. Hehehe… rupa-rupanya wanita yang kelihatan terapung-apung tu sebenarnya Diva Nombor Satu Malaysia… siapa lagi kalau bukan Datin Seri Hajah Siti Nurhaliza. Amboi, manis dan menawan sangat Siti dengan baju yang siap bertudung. Macam baju hujan ek… Mengenakan rekaan kegemarannya yang sangat futuristi, mistik dan misteri. Patutlah saya pun tak kenal kalau lihat dari belakang. Misteri la sangat. Siap ada bling-bling lagi kat baju dia ni… Glamorous habis.

Tipulah, kalau Budiey kata ada peminat Siti Nurhaliza tidak kecewa dengan kekalahan lagu Destinasi Cinta. Ramai peminat Siti yang meluah rasa kecewa dan tak puas hati. Tapi apa boleh buat. Lagu Destinasi Cinta tu tak lah kuat dan power sangat pun.

Sayangnya, Siti Nurhaliza pulang dengan tangan kosong selepas melakukan comeback untuk Anugerah Juara Lagu. Kesian… tapi Budiey rasa persembahan Siti Nurhaliza memang gempak sebab Siti Nurhaliza turut menari walaupun tidak ada gimik langsung… Cuma konsepnya adalah satu perjuangan dan kepahlawanan. Mmm… entahlah… dah takde rezeki nak buat macamana kan. Janji pakaian Siti Nurhaliza meletop! Huhu!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 22 AJL22, Malam Penuh dengan Kejutan?

Result Contest CJ7 Father & Son Look-a-like Finals