in

Keputusan Anugerah Cipta Festival Filem Malaysia 23

Jam 8 malam tadi, Budiey sempat menghadiri Majlis Perasmian Festival Filem Malaysia 23 dan Tayangan Perdana yang diadakan di Center Atrium, [email protected], Mutiara Damansara.

Apa yang menariknya, di majlis ini juga diumumkan beberapa kategori untuk anugerah yang dipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia kali ini. Budiey teruja juga untuk mengetahui para pemenang FFM23 kali ini. Dikhabarkan, sebanyak 12 kategori anugerah disampaikan kepada pemenang dan dari 12 anugerah tu, sebanyak 5 anugerah dihulurkan untuk filem Magika!

Tahniah buat filem Magika telah menang 5 anugerah untuk malam ini sahaja.

Dua kategori lain iaitu Pelakon Harapan Lelaki dan Pelakon Harapan Wanita turut mengejutkan apabila aktor berketurunan India iaitu Shashi Tharan (Estet) dan aktres/hos Kadazan Daphne Iking (Belukar) memenangi kategori tersebut.

Kemenangan ini dilihat cukup istimewa dan memahat sejarah tersendiri apabila kedua-dua kategori itu diungguli oleh pelakon bukan Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran FFM. Tahniah Sashi dan Daphne.

Hanya Sashi sahaja yang naik menjulang trofi sementara Daphne Iking tak dapat hadir semalam.

Setiap pemenang membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 berserta dengan trofi FFM23. Best giler hadiahnya ya.

Okay, tanpa berlengah lagi, Budiey siarkan dulu senarai pemenang FFM23 yang diumumkan semasa Pelancaran FFM23 malam tadi.

1. Anugerah Poster Terbaik – Filem Belukar

2. Anugerah Kostum/Busana Terbaik – Hasnan Yaakub dari Filem Magika – KRU Studios

3. Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik – Edry Abdul Halim – Filem Magika

4. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik – Brian Ng dari V3 Samseng Jalanan

5. Anugerah Penataan Seni Terbaik – Anuar Paharudin & Johan Lucas dari Filem Magika

6. Anugerah Pelakon Harapan Lelaki – Shashi Taran dari Filem Estet

7. Anugerah Pelakon Harapan Wanita – Daphne Iking dari Filem Belukar

8. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Fimie Don dari Filem Magika

9. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Yana Shamsudin dari filem Adnan Sempit

10. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam dari filem Evolusi KL Drift 2

11. Anugerah Pengarah Harapan – Edry Abdul Halim dari Filem Magika

12. Anugerah Filem Komedi Terbaik – My Spy dari Kru Studios

Budiey dengan ini ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang!

Gambar pemenang yang sempat Budiey ambil sekejap tadi… layannnz!

Pemenang Ffm23

Pemenang Ffm23

Fimie Don menang Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik. Siap tayang checque tu! Kayo kayo!

Pemenang Ffm23

Edry Abdul Halim – Filem Magika bolot 5 anugerah malam ini!

Pemenang Ffm23

Filem Belukar menang 2 anugerah. Tahniah!

Pemenang Ffm23

Sedih bila KRU tak jemput Budiey ke Prebiu Magika. Terkilan sangat-sangat tak dapat tonton Magika.

Pemenang Ffm23

Tahniah Yana!

Pemenang Ffm23

Shaheizy Sam mahu menjadi jutawan.

Pemenang Ffm23

Yana & Shaheizy Sam, kerja keras mereka akhirnya berbaloi

Pemenang Ffm23

Shashi Taran dari Filem Estet

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kamal Adli 1 | 21

Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Festival Filem Malaysia 23

Video Rakaman Pengumuman 12 Pemenang Anugerah FFM 23