in

Kenikmatan Kopi Sebenar di Cosans Coffee

Budiey selalu duk bayang kalau sekali sekala dapat luangkan masa dengan kawan-kawan di cafe sambil lupakan pasal kerja, pasal event dan pasal masalah hidup yang menyerabutkan. Yang diborak hanya pasal tajuk-tajuk santai, gossip artis ni, gossip artis tu. Pasti gamat, happening dan meriah.

Tapi itu hanya bayangan dan igauan yang jarang akan berlaku dengan kesibukan jadual Budiey yang cukup padat saban hari. Memang takde masa nak lepak. Biasanya akan lepak di event dengan kawan-kawan media yang lain. Walaupun Sabtu dan Ahad, cukup susah untuk mencari masa untuk hang out dan lepak bersama kawan.

Namun, kejadian pada beberapa hari lalu lain benar rasanya. Budiey terasa mahu lepak dan tak mahu fikir pasal tekanan kerja. Budiey dijemput menghadiri satu acara pembukaan sebuah restoran berkonsepkan kopi dan rasa cukup senang bersantai di Cosans Coffee bersama Amber Chia. Well, siapa tak kenal dengan super model yang pandai posing. Kami bertemu dan lepak sambil minum kopi enak sambil meraikan Pembukaan Cosans Coffee yang terletak di Solaris Mont Kiara. Ini adalah cawangan kedua selepas enam bulan beroperasi di Subang. Budiey dikhabarkan, Cosans Coffee akan memperluaskan ‘tanah jajajahannya’ di Sunway Pyramid pula selepas ini.

Saat mulai masuk ke restoran dua tingkat ini, Budiey disapa mesra oleh semua pekerja yang cukup mesra dan mudah disapa dan jika anda ingin bertanya, mereka cukup mudah untuk membantu. Di luar pula, ada photo booth dan jualan mini bazaar untuk pengunjung. Budiey dapat lihat deretan bunga hadiah dan ucapan tahniah atas pembukaan menghiasi ruang depan kat luar pintu masuk.

Cosans

Dengan konsep ruang dekorasi ala Itali, singgah buat pertama kali di kedai kopi gaya urban ni memang cukup damai sekali. Budiey cukup suka dengan lampu malam yang tak terang, tak gelap itu. Membuatkan suasana bertambah damai dan mengasyikkan dengan lagu-lagu country, pop dan urban terkini yang sentimental soothing di telinga. Ditemani alunan muzik yang mengasyikkan sebagai halwa telinga, Budiey rasakan Cosans Coffee sesuai untuk dijadikan tempat untuk Budiey datang lepak kat sini sambil mengemaskini blog.

Kalau nak sentuh pasal ruang dekornya, agak simple cukup untuk membangkitkan mood yang lebih santai. Menggunakan bahan perabut daripada kayu yang mengunakan warna yang gelap sedikit. Cukup selesa sampai Budiey malas nak bangun lepas melabuhkan punggung di salah sebuah kerusinya. Rileks sangat lah katakan. Tu belum menghirup kopinya yang pelbagai perisa, pelbagai pilihan yang ada.

Semasa pembukaan dan pelancaran untuk media, pemilik restoran ini membentangkan konsep sebenar dan juga misi yang dibawa oleh Cosans Coffee yang berlangsung di tingkat atas.

Pembukaan Restoran Cosans Solaris Mont Kiara

Ketika berbual-bual seketika dengan pengurus restoran ini yang cukup mesra, Budiey diberitahunya, restoran ini ada misi dan visinya sendiri. Bukan sekadar tempat untuk lepak sambil hirup kopi tapi Cosans Coffee memperkenalkan konsep Cosans Society. Pelanggan di sini digalakkan untuk menyertai keahlian eksklusif yang dapat menyumbangkan kepada masyarakat. Bagus jugak tu. Jarang restoran kat Malaysia yang menyalurkan sedikit keuntungan kepada badan kebajikan.

Selain itu, dengan kad keahlian, pelanggan dapat menikmati potongan makanan dan kopi serta promosi cenderamata dan hadiah premium yang turut dijual di sini.

Tentang harganya tak perlu digusar sebab Budiey rasa ianya berpatutanlah dengan rasa kenikmatan kopi sebenar. Budiey dah cuba kopi frappe mocha blended. Rasanya beda sangat kalau nak dibandingkan dengan kopi kat luar sana tu. Kat sini juga ada juadah lain untuk dicuba, bukan setakat kopi semata-mata.

Anda boleh follow Cosans Coffee di Facebook : Cosans.coffee dan juga di Instagram: cosanscoffee.

Cosans

Pembukaan Restoran Cosans Solaris Mont Kiara

Pembukaan Restoran Cosans Solaris Mont Kiara

COSANS COFFEE 2nd OUTLET GRAND OPENING AT SOLARIS MONT KIARA

“Believe in Great Coffee”

COSANS is a business wholly owned and established in Malaysia since 2013. It is an urban sense coffee and sandwich bar that operates on a franchise basis; led by BRANDKER Group which created the COSANS brand image and business concept. The business focuses on selling well, quality coffee (which has been imported globally and tailored to meet our clients’ needs and demands). With fresh and juicy deli sandwiches which have been specially prepared to create a gastronomic delight amongst our guests.

The concept was chosen because the owners want to create a shared dream of a coffee house that will involve memories from the enjoyment of good coffee, food and company of other. They wanted to create a space that belonged to everyone, a place of pure comfort and well being so that the guests can kick back and relax at any given time. COSANS is not only a product or a brand, COSANS is a healthy lifestyle choice.

COSANS had invited Amber Chia, Dato’ Richard Koh (Founder & CEO of Only World Group), Datuk Abdul Malik (D’ Tandoor Food) and 30 over medias and bloggers to witness the 2nd outlets Grand Opening at Solaris Mont Kiara, which was held on 25/5/2014 (Sunday), 7pm to 9pm. There was total of 150 guests attended this event.

With less than 6 months time, COSANS manage to open the second outlet, which the first outlet is located at Subang. Next, COSANS is going to expand another 4 outlets in 2014. Will going for another 12 outlets in 2015.

For more info about COSANS, please visit cosans.com.

Pembukaan Restoran Cosans Solaris Mont Kiara

Pembukaan Restoran Cosans Solaris Mont Kiara

Pembukaan Restoran Cosans Solaris Mont Kiara

Pembukaan Restoran Cosans Solaris Mont Kiara

Pembukaan Restoran Cosans Solaris Mont Kiara

Pembukaan Restoran Cosans Solaris Mont Kiara

Pembukaan Restoran Cosans Solaris Mont Kiara

Pembukaan Restoran Cosans Solaris Mont Kiara

Pembukaan Restoran Cosans Solaris Mont Kiara

Pembukaan Restoran Cosans Solaris Mont Kiara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fenomena Mega Bazaar 2014 Makin Dirasakan

Sinopsis & Trailer Filem CEO