in

Fenomena Mega Bazaar 2014 Makin Dirasakan

Tinggal tiga minggu saja lagi untuk kita semua memeriahkan sejarah bazaar terbesar di Malaysia, Eh Eh Mega Bazaar 2014 yang menghimpunkan lebih 1000 vendor termasuk lebih 50 selebriti terkenal. Bayangkan betapa meriahkan bazaar anjuran syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd yang bakal berlangsung pada 21 dan 22 Jun depan bertempat di MAEPS Serdang ini?

Fenomena Bazaar Terbesar Makin Hampir!

Kenapa kita perlu pergi? Kerana hanya di sini saja sepanjang dua hari kesemua vendor akan memberikan diskaun istimewa selain menawarkan pelbagai pakej jualan dengan hadiah istimewa kepada semua yang datang ‘bershopping’.

Malah kesemua selebriti terkenal seperti Neelofa, Yana Samsudin, Adi Putra, Adira, Hanez Suraya, Eira Syazira, Ameer (Forteen), Kaka Azraff, Rosyam Nor, Sharol Shiro, Afdlin Shauki dan ramai lagi akan turut sama menemani anda semua untuk membuat persiapan Ramadan dan Aidilfitri di booth mereka.

Pihak penganjur sendiri sudah pun mengaturkan pelbagai aktiviti menarik dan cabutan bertuah kepada mereka yang hadir pada 21 dan 22 Jun depan.

Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Puan Iffah Zaimi, hanya tinggal 50 booth saja yang masih kosong untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.

“Kami akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik bagi mereka yang hadir seperti cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah istimewa termasuk barangan elektrik dan pakej percutian, sesi minum petang ekslusif dengan selebriti terkenal dan macam-macam lagi. Hanya tinggal 50 ruang niaga yang kosong dan ramai-ramai hadir untuk memeriahkan Mega Bazaar 2014 ini nanti.”

Jangan tunggu lagi dan fikir panjang. Dapatkan gerai anda sekarang dengan menghubungi +60 12 292 0131 atau ikuti kami di laman instagram @ehehbazaar.

Jumpa anda di sana!

MEGA BAZAAR CELEB HIGHLIGHTS 2 EDITED FOR LAYOUT 50

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Izzue Islam Dikongkong Oleh Dua Kakaknya?

Kenikmatan Kopi Sebenar di Cosans Coffee