in ,

Kempen Take Your Cat To The Vet Kembali Dengan Sokongan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Kempen ‘Take Your Cat To The Vet’ kelolaan Royal Canin Malaysia kembali semula tahun ini dengan sokongan lebih padu dan lebih banyak aktiviti bagi mencetuskan kesedaran mengenai pentingnya pemeriksaan yang kerap untuk kucing-kucing.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), International Society of Feline Medicine (ISFM), dan International Cat Care menyatakan sokongan mereka terhadap edisi keempat kempen ini di Malaysia, bersama-sama Royal Canin yang gigih menggalakkan pemilik kucing supaya membawa haiwan peliharaan mereka berjumpa ahli veterinar berdaftar sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Kunjungan rutin ke klinik veterinar bermula daripada usia kecil kucing itu boleh membantu memberi diagnosis awal berkenaan isu-isu kesihatan, mengurangkan impak penyakit dan membolehkan rawatan lebih berkesan.

  • Pemilik haiwan peliharaan digalakkan membawa kucing mereka untuk pemeriksaan sekurang- kurangnya dua kali setahun, bermula dari usia kecil
  • ‘Take Your Cat To The Vet’ juga disokong oleh International Society of Feline Medicine (ISFM), dan International Cat Care
  • Royal Canin menasihatkan pemilik haiwan peliharaan mematuhi SOP PKPB ketika membawa kucing mereka ke klinik veterinar
TYCTTV_Photo 03

Dr. Melissa Phoon, Pengurus Hal Ehwal Korporat di Royal Canin Malaysia yang merupakan doktor veterinar, berkata: “Ramai pemilik kucing terlepas pandang atau tidak sedar mengenai kepentingan membawa kucing kesayangan mereka berjumpa doktor veterinar secara kerap, dan bukan berjumpa hanya bila kucing itu sakit atau memerlukan vaksinasi. Kucing secara lahiriah bersifat berahsia dan tidak mempamerkan kesakitan atau penyakit sehinggalah sudah terlalu lambat. Oleh itu kami membawa kembali kempen ini, yang pertama kali dilancarkan pada 2016. Kempen tahun ini menggalakkan pemeriksaan kesihatan berjadual bermula dari peringkat anak kucing sebagai langkah proaktif dan pencegahan. Royal Canin sangat gembira pihak berkuasa dan rakan sealiran telah turut sama menyertai kempen ini bagi membantu mencipta kesedaran yang lebih luas mengenai amalan penjagaan haiwan peliharaan yang penting ini.”

“Kami faham pemilik kucing berasa bimbang untuk membawa kucing berjumpa doktor veterinar atau kemungkinan haiwan peliharaan mereka terkena jangkitan penyakit yang sedia ada sekarang. Oleh itu, ianya penting untuk pemilik haiwan peliharaan membuat temu janji ke klinik veterinar terlebih dahulu. Kami galakkan pemilik kucing untuk memeriksa dengan doktor veterinar jika mereka tidak pasti dengan maklumat yang diterima. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di kawasan tertentu, kami menasihatkan pemilik kucing mematuhi SOP ketika membawa kucing mereka berjumpa doktor veterinar,” sambung Dr. Phoon.

Royal Canin_TYCTTV General Infographic_Final

Pemilik haiwan peliharaan boleh mendengar podcast Jom Talk Pets! oleh Royal Canin Malaysia atau menghubungi talian +603-7492 0188 untuk maklumat dan langkah-langkah selamat bagi melindungi kesejahteraan kucing mereka.

Kempen ‘Take Your Cat To The Vet’ 2020 berlangsung dari 4 Oktober hingga 31 Disember 2020. Royal Canin telah menyediakan banyak aktiviti menarik untuk memberi ganjaran kepada pemilik haiwan peliharaan dan menggalakkan lagi mereka datang berjumpa doktor veterinar di dalam tempoh yang ditetapkan itu. Antara aktiviti itu ialah Peraduan Puisi dan Bercerita, Permainan Web Pendidikan Interaktif dan Acara Langsung Digital Cat2Vet di laman rasmi Royal Canin Malaysia di Facebook.page2image49758416

TYCTTV_Photo 02

Peraduan Puisi dan Bercerita

Seiring dengan fokus kempen ke atas lawatan kerap berjumpa doktor veterinar semasa kucing masih muda, Royal Canin mempelawa kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun untuk menyertai peraduan puisi dan bercerita. Mereka boleh mempamerkan bakat mereka di dalam mendeklamasi puisi dan bercerita yang bertemakan kepentingan membawa kucing berjumpa doktor veterinar, menerusi kiriman video pada media sosial dari 19 Oktober hingga 18 November 2020. Peraduan puisi terbuka bagi kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun manakala kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun dipelawa menyertai peraduan bercerita. Peraduan ini merupakan anjuran Sekolah Drama Newman dengan sokongan Royal Canin Malaysia.

Permainan Web Pendidikan Interaktif

Bagi menggalakkan penyertaan, mempromosi kefahaman dan menambah baik pengetahuan sedia ada, Royal Canin bekerjasama dengan juruperunding kebajikan haiwan, Asia Animal Happiness bagi membangunkan permainan web pendidikan interaktif. Permainan ‘MyCat2Vet’ membolehkan pemilik kucing mengumpul mata di dalam perjalanan maya mereka berjumpa doktor veterinar disamping meneroka pengetahuan mengenai penjagaan haiwan peliharaan yang akan juga membantu pemain mengumpul lebih mata. Terbuka kepada semua, permainan web yang unik ini akan memberi ganjaran kepada 10 pengumpul mata tertinggi dengan bekalan produk Royal Canin selama sebulan. Pemilik kucing boleh mencabar pengetahuan diri di dalam permainan web yang begitu berinteraktif ini di http://www.animalhappiness.asia/mycat2vet bermula 16 Oktober hingga 2 Disember 2020 dan mereka berpeluang memenangi makanan berkhasiat direka khusus untuk kucing kesayangan mereka.

Acara Langsung Digital Cat2Vet

Membawa anda ke alam digital, Royal Canin menyeru kepada pemilik haiwan peliharaan di seluruh negara menerusi laman Facebook rasminya dengan acara bual bicara khas selama satu jam terdiri daripada pakar veterinar, dan mengenengahkan pengalaman yang dikongsi oleh pemilik kucing. Pemilik kucing dijemput turut serta di dalam acara atas talian ini pada 5 Disember 2020 di mana ahli panel menjawab pertanyaan dan keraguan mereka.

Di samping aktiviti tersebut, pemilik kucing juga boleh mengikuti podcast Jom Talk Pets! di Spotify, Apple Podcast dan Google Podcast untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai amalan baik dalam penjagaan kucing mereka. Topik-topik seperti kecemasan haiwan, parasit seperti kutu pada haiwan peliharaan, pemandulan dan petua-petua mengenai kaedah membawa kucing anda berjumpa doktor veterinar disampaikan secara sembang oleh doktor veterinar, pegawai perubatan, perunding kesejahteraan haiwan dan lain-lain pakar, bagi memudahkan kefahaman.page2image35018176

Dr. Phoon berkata: “Matlamat kami dengan kempen ‘Take Your Cat To The Vet’ ini ialah untuk menggalakkan pemilik kucing, veterinar, rakan-rakan industri dan tokoh awam bersama-sama mengutarakan soal pentingnya penjagaan veterinar untuk kucing-kucing. Hari Haiwan Sedunia pada 4 Oktober adalah masa yang tepat bagi mencetuskan kesedaran dan mengingatkan semua pemilik haiwan untuk membawa haiwan kesayangan mereka untuk pemeriksaan kesihatan. Bersama-sama kita cipta dunia yang lebih baik untuk haiwan peliharaan.”

Bermula dengan lawatan kerap bermula di peringkat anak kucing juga secara umumnya membasmi atau secara drastik mengurangkan kesulitan dan stres berkaitan berjumpa vet, kerana kucing itu akan menjadi lebih biasa dengan proses dan elemen-elemen termasuk kotak pembawa. Pemilik haiwan juga akan menerima petua-petua makanan berkhasiat, maklumat mengenai kaedah pembersihan dan panduan kesihatan lain bermula daripada permulaan hidup kucing, yang akan memberikan anak kucing peluang terbaik untuk kehidupan yang panjang dan gembira. Malahan, bagaimana penjagaan pemilik haiwan ke atas anak kucing akan memberi impak terhadap kesihatan fizikal, sosial dan mental sepanjang hayat haiwan itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Take Your Cat To The Vet’ dan petua-petua mengenai kunjungan bebas stres untuk pemilik kucing dan kucing mereka, dan mencari doktor veterinar berdaftar berdekatan, lawati http://www.royalcanin.com/my/take-your-cat-to-the-vet.

Pemilik haiwan peliharaan boleh turut sertai perbincangan mengenai kempen ini menerusi media sosial menerusi hashtags: #TakeYourCatToTheVet, #Cat2Vet, #RoyalCaninMalaysia

Royal Canin_TYCTTV Tips Infographic_Final

Mengenai Royal Canin:

The Royal Canin Company, pemilik jenama ROYAL CANIN® , merupakan satu divisyen Mars Petcare dan peneraju global di dalam khasiat kesihatan untuk kucing dan anjing.

Ditubuhkan lebih 50 tahun lalu oleh doktor veterinar Perancis, Dr. Jean Cathary, matlamat Royal Canin ialah menjadikan Dunia Lebih Baik Untuk Haiwan Peliharaan (A BETTER WORLD FOR PETSTM) dengan mengembangkan pengetahuan dan khasiat makanan secara perkongsian dengan profesional dan pakar haiwan peliharaan.

Royal Canin bekerja rapat dengan profesional haiwan peliharaan, seperti pakar veterinar dan penternak, bukan sahaja untuk mereka cipta khasiat paling khusus untuk kucing dan anjing tetapi juga membangunkan pelbagai perkhidmatan, alat-alat pemantauan dan diagnostik untuk membantu memahami dan menjaga lebih baik haiwan-haiwan tersebut.

Pendekatan uniknya sentiasa meletakkan keperluan makanan berkhasiat kucing dan anjing sebagai nadi kepada proses inovasi. Umur mereka, gaya hidup, saiz, jenis baka, sensitiviti dan tahap aktiviti adalah dikaji menerusi sains dan pemerhatian bagi menghasilkan diet-diet untuk keperluan khusus setiap haiwan peliharaan. Syarikat mempercepatkan amalan lestari, terutama dari segi penyumberan berwibawa, pelepasan asap dan pengurangan sisa serta penggunaan pembungkusan lestari.

Beroperasi di lebih daripada 100 pasaran, Royal Canin memiliki 7,800 sekutu, termasuk 500 doktor veterinar dan pakar pemakanan. Ia juga mengendalikan 16 kilang di seluruh dunia, 1 pusat penyelidikan dan pembangunan, 2 pusat inovasi dan 4 makmal. Produk berkhasiat Royal Canin boleh didapati di kedai peruncit khas haiwan peliharaan dan penyedia perkhidmatan veterinar di seluruh dunia.

Di luar Eropah, syarikat Royal Canin juga memiliki jenama Eukanuba TM – makanan berkhasiat berprestasi tinggi untuk anjing. Bagi mengetahui lebih lagi mengenai syarikat Royal Canin, lawati http://www.royalcanin.com/.

Royal Canin – Take Your Cat to the Vet (TYCTTV):

Inisiatif TYCTTV Royal Canin dicipta bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemilik kucing mengenai kepentingan membawa kucing mereka berjumpa veterinar dan memberikan mereka petua mengenai cara menenteramkan haiwan mereka sebelum menuju ke klinik veterinar. Royal Canin juga membantu klinik-klinik doktor veterinar disesuaikan dengan kucing bagi menjadikan kunjungan mereka lebih menyeronokkan. Ini termasuk mengadakan ruang khas di bilik menunggu untuk kucing dan anjing, melatih semua kakitangan mengenai cara menangani kucing yang rimas, dan melengkapkan pejabat veterinar dengan struktur bertingkat bagi pengangkut kucing, kerana kucing berasa lebih selamat di tempat tinggi.

Untuk tujuan lebih meluas, Royal Canin menekankan bahawa pencegahan itu sendiri adalah kunci kepada kesihatan yang lebih baik bagi haiwan peliharaan. Tahun ini, mereka meluaskan kempen kesedaran mereka, Take Your Cat To The Vet Day, ke 20 negara dengan komitmen untuk meneruskan projek tersebut untuk sekurang-kurangnya lima tahun lagi.

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dua Rookie Tumpaskan Idol Mereka, Aisha Retno Muncul Sebagai Rookie Star Pertama!

Kasih Junjungan dan Forum Perdana Ehwal Islam, Program Khas Maulidur Rasul di TV1