in ,

Keluarga Neelofa Beri Keterangan Di IPD Brickfields

Sejak semalam hangat diperkatakan tular video dikongsikan netizen di media sosial mengenai keluarga selebriti popular Neelofa didakwa melanggar operasi standard (SOP) menyambut hari raya bersama keluarga besarnya.

Terbaru, ahli keluarga Neelofa hari ini hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk memberi keterangan. Turut kelihatan berada di IPD, bapa kepada selebriti berkenaan. Memetik laporan Harian Metro, mereka tiba sekitar jam 2.51 petang menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna putih.

neelofa

Terdahulu, polis menjalankan siasatan terhadap keluarga berkenaan kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi video berdurasi 27 saat yang tular itu, kelihatan seorang wanita mirip Neelofa dan suaminya, Haris Ismail serta Nabila dan Engku Emran bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapa mereka. Turut kelihatan dalam video tersebut adik-beradik Neelofa yang lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Akaun Instagram Heliza Helmi Mungkin Kena Padam, Buka IG Baru Sebagai Back Up

Sharifah Rose Dikritik Berlakon Kayu Hingga Dikutuk Artis Tapi Hj Zil & Shahrulezad Pula ‘Back Up’