in

Kelantan Juara Piala FA 2012

Seperti yang dijangkakan, Kelantan akhirnya berjaya menjuarai Piala FA selepas menewaskan KL Sime Darby 1-0 pada aksi final semalam. Syukur, alhamdulilah. Budiey pasti ramai penyokong Kelantan masih lagi celebrate meraikan kemenangan ini. Untungnya, seluruh warga Kelantan diberi cuti pada hari ini. Yahoooo! Sejarah tercatat di mana ini adalah kali pertama Kelantan menjulang Piala FA.

Syabas untuk Kelantan.

Gol tunggal The Red Warriors dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar Mahmoud menerusi sepakan penalti. Bukan main obses dan teruja lagi Ghaddar. Kalau boleh tengok gelagat beliau semasa wisel penamat dibunyikan.

Mohammed_2

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama dalam perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada aksi keseluruhan babak pertama permainan, kedua-dua buah pasukan menunjukkan permainan seimbang dalam usaha mencari kejuaraan sulung.

Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu di final.

Juara

BARISAN PEMAIN:

Kelantan: Khairul Fahmi Che Mat, Zairul Fitree Ishak, S.Subramaniam (Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid), Obinna Nwaneri, Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohd Farisham Ismail), Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), S. Chanturu (Mohd Nurul Azwan Roya), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha, Mohammed Ghaddar Mahmoud.

Sime Darby: Mohd Redzuan Harun, Es Lizuan Zahid Amir (kapten), Mohd Arif Ismail, Mohd Shazlan Alias, Mohd Fairuz Abdul Aziz, Azmirul Azmi (Mohammad Syukur Saidin), Mohd Nor Ismail, Mohd Shoufiq Khusaini, Leandro Teofilo Santos Pinto (Razali Umar Kandasamy), Mohd Faiz Mohd Isa, Patrick Ronaldinho Wleh (Mohd Asrol Ibrahim).

Pengadil: Suhaizi Shukri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Motel Best Western 555 on Bayview

Hafiz Juara Mania Astro