in

Review Motel Best Western 555 on Bayview

Best Western 555 on Bayview memang Best!

Apabila kita memperkatakan tentang tempat-tempat pelancongan yang menarik di pulau selatan New Zealand pasti Queenstown menjadi topik perbincangan utama para pelancong. Namun, terdapat sebuah bandar lagi yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh pelancong yang dikenali sebagai bandar Dunedin. Bandar kedua terbesar di pulau selatan New Zealand ini merupakan antara empat bandar di new Zealand yang kaya dengan sejarah, budaya dan bentuk muka bumi yang pasti menawan hati pelancong ketika menjejakkan kaki ke bandar ini.

122

Istana lanarch, Stesen keretapi Taieri Gorge dan Taman Gelnfalloch merupakan sebahagian daripada tarikan pelancong yang tedapat di Dunedin dan pastinya para pelancong yang ingin ke bandar ini mahukan sebuah penginapan yang strategik bagi memudahkan segala aktiviti jelajah Dunedin berjalan dengan lancar sepanjang percutian.

Motel Best Western 555 on Bayview adalah pilihan yang tepat bagi pelancong yang mahukan lokasi penginapan yang strategik, perkhidmatan mesra pelanggan dengan harga yang berpatutan. Terletak hanya 20 minit jarak memandu dari lapangan terbang Antrabangsa Dunedin dan 3 minit dari Octagon yang merupakan pusat bandar Dunedin di mana terdapatnya galeri-galeri seni, restoran dan kedai-kedai. Bagi pelancong yang cintakan alam semulajadi, pantai Otago yang terkenal dengan hidupan liar yang unik dan eko pelancongan hanyalah beberpa minit dari lokasi motel ini.

Motel bertaraf empat bintang ini juga pemenang bagi anugerah kategori 2009/2010 Winner for Australasia for the Best 4 Star Plus Property mempunyai 26 studio eksekutif dan satu unit bilik yang dilengkapi dengan cri-ciri mewah dan selesa bagi para pengunjung yang memilih motel ini. Antara kemudahan yang yang boleh didapati di bilik-bilik penginapan adalah akses wi-fi, kabel tv, peminjaman percuma koleksi DVD, stesen ipod dan DVD, bilik spa dan sesetengah bilik dilengkapi dengan ruang dapur bagi kemudahan pengunjung. Pengunjung juga dimanjakan dengan perkhidmatan penghantaran sarapan ke bilik setiap pagi.

Selain daripada menyediakan penginapan bagi para pelancong, motel ini juga mempunyai sebuah bilik mesyuarat (conference centre) yang mula beroperasi pada Ogos 2011. Bilik mesyuarat ini mampu menampung kira-kira 50 orang bagi menganjurkan pelbagai acara antaranya program-program latihan, seminar, mesyuarat, pelancaran produk dan promosi jualan. Motel ini bukan sahaja menyediakan ruang untuk menganjurkan aktiviti-akitiviti tersebut, malah kakitangan motel juga turut membantu bagi melancarkan sebarang acara yang dijalankan di bilik mesyurat ini.

Lokasi yang ideal, hospitaliti yang terbaik dari kakitangan motel dan harga yang berpatutan, penginapan di Motel Best Western 555 on Bayview akan menjadikan aktiviti jelajah Dunedin anda suatu pengalaman manis yang tidak dapat anda lupakan!

092

IMG_0143_enhncd

21-11-2011 024

Conference_External

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Kenangan Sudirman

Kelantan Juara Piala FA 2012