in

Kelainan Fatimah Abu Bakar Dalam Let’s Talk to Granny

Menggunakan pendekatan mendidik sambil berhibur, Radio Televisyen Malaysia (RTM) cuba menarik perhatian golongan cilik menerusi program terbaharu “Let’s Talk To Granny” yang telah pun bersiaran sejak 8 Mac lalu, setiap Sabtu, jam 10.00 pagi di TV2.

Fatimah Abu Bakar

[pullquote]Berbentuk majalah, rancangan ini memaparkan sesuatu isu, topik mahupun masalah yang dikongsi sama si cucu bersama nenek mereka menerusi segmen bercerita, nyanyian juga animasi yang lebih mudah diterima golongan cilik ini.[/pullquote]

Pengetahuan berguna kepada kanak-kanak di sampaikan menerusi pengalaman watak nenek yang dibawakan wataknya oleh pelakon Fatimah Abu Bakar dalam memberikan jawapan kepada soalan yang diutarakan oleh watak cucunya. Di sini penonton pastinya teruja melihat keletah dan ragam si cucu.

Dalam usaha meningkatkan keyakinan dan membiasakan kanak-kanak bertutur dalam bahasa Inggeris, program ini menggunakan bahasa yang dipertuturkan seluruh dunia itu.

Ternyata Unit Majalah dan Dokumentari RTM sentiasa memastikan setiap produk penerbitan kanak-kanak bukan sekadar mahu memberi hiburan kepada golongan cilik, sebaliknya turut menyumbang kepada ilmu pengetahuan yang berguna sekaligus menjadi bekalan mereka dalam meniti usia dewasa kelak.

Sepanjang 10 minit siarannya, rancangan ini dilakonkan Fatimah Abu Bakar sebagai Granny dan dua cucunya iaitu Amill Rykal Illiya sebagai Rykal dan Sarah Nadhira Abdul Hisham (Sarah). Ia turut dibantu oleh dua watak sampingan sebagai anak jiran dan kawan cucunya iaitu Mohd Irfan Mohd Salim (Irfan) dan Aenisha Nadea Tay (Aenisha).

Fatimah Abu Bakar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV2 Siar Dokumentari Swamp Brothers

Anugerah Puisi Dunia Numera 2014