in , ,

Kekal Selamat di Rumah Sambil Menonton Program-Program Menarik di TV3 & TV9

Tanpa disedari tahun ini merupakan tahun kedua kita menyambut Hari Raya dengan cara norma baharu. Walaupun berjauhan daripada ibu bapa, sanak saudara dan juga insan tersayang, Hari Raya tetap disambut meriah bersama keluarga seisi rumah.

Kemesraan yang sedia terjalin dieratkan lagi menerusi himpunan program Raya menarik yang menampilkan selebriti popular seperti Dato’ Adi Putra, Nadia Brian, Sharifah Sakinah, Naim Daniel, Zara Zya, Andi Benardee, Janna Nick, Elisha Sandha, Redza Rosli, Sharifah Rose, Nabila Huda, Fauziah Nawi, Awal Ashaari, Haziq Hussni, Sherry Alhadad, Sean Lee, Jihan Muse, Alif Satar, Ebby Yus, Issey dan ramai lagi bermula 12 Mei 2021. 

Sementara membuat persiapan akhir di malam raya, penonton akan dihiburkan dengan program bual bicara santai, Havoc Nak Raya, pada pukul 11.00 malam bersama pasangan pengacara paling keletah iaitu Haziq Hussni dan Sherry Alhadad. Kedua-dua mereka akan berkongsi dengan kita tentang persiapan beberapa artis popular tanah air dalam menyambut hari lebaran, termasuklah memori istimewa mereka pada hari tersebut serta persembahan istimewa khas buat anda semua. Antara yang terlibat adalah Dato’ Awie, kumpulan Senario, Sharifah Shahira, Didie Alias, Amyza Aznan, Jasmin Hamid, Syamel, Ernie Zakri, Baby Shima, Iman Troye dan Chef Zam.

Hiburan raya diteruskan pada keesokan hari dengan gelagat lucu Andi Bernadee, Zara Zya, Dayang Areeda dan Dhia mencuba pelbagai cara untuk memujuk ibunya Azizah Mahzan menyambut Hari Raya di bandar menerusi Mini Siri Raya Jom Mak, Raya KL! Drama 4 episod ini akan disiarkan pada pukul 10.00 pagi.

Peminat setia Redza Rosli dan Sharifah Rose pastinya tidak sabar untuk menonton lakonan mereka dalam Lestary: Kekasih Hati Mr. Bodyguard pada pukul 9.00 malam bermula 15 Mei ini. Drama bersiri yang mempunyai 20 episod ini dibawakan oleh Nivea ini mengisahkan tentang Aralyn (Sharifah Rose) berusaha untuk menjejak Hadif, bekas pengawal peribadi ayahnya bagi merungkai misi yang diberikan kepadanya. Berjayakah Aralyn bertemu dengan Hadif dan menyelesaikan misi yang diberikan ayahnya itu? Drama bersiri 20 episod ini turut dilakonkan oleh Ungku Hariz, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin dan Lana Nordin. 

Istimewa buat penonton setia drama Melayu, kami membawakan kesinambungan drama bersiri yang mendapat sambutan hangat ketika bersiaran iaitu Misteri Mona dan Aku Yang Kau Gelar Isteri dalam slot Cerekarama Raya pada 15 Mei & 22 Mei 2021. Misteri Mona: Kuserumu Kembali mengisahkan Anom terpaksa melepaskan ‘Mona’ sekali lagi untuk menyelamatkan anaknya yang dikatakan sudah meninggal dunia tetapi ia hanyalah sebuah anak patung yang ditanam di belakang rumah dan mungkin ia adalah halusinasi Anom semata-mata. Apakah rahsia dan kebenaran di sebalik kecelaruan delusi Mona? 

Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri pula bakal merungkai misteri atau teka-teki yang dipersoalkan oleh peminat drama ini. Adakah Rai akan dijatuhkan hukuman kerana membunuh Pian? Adakah Azlan tidak dapat menuntut bahagiannya setelah apa yang telah berlaku? Adakah Embun akan menyeru Laila kembali? Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menontonnya. 

Kemeriahan berganda dengan susunan telefilem menarik yang dibarisi oleh artis-atis popular tanah air sepanjang minggu pertama Raya seperti Raya Hampir Tak Jadi (Kazar, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, Balkisyh Semundur), Takdir Yang Tertunda (Nadia Brian, Nazim Othman), Obsesi (Idris Khan, Aprena Manrose, Octovia Manrose), Fateema Az Zahra (Azlee Khairi, Elisya Sandha), Jeti (Fauziah Nawi, Nabila Huda & Fifi Laura), Rabak (Dato’ Adi Putra, Khatijah Tan, Fadilah Mansor & Izzue Islam), dan Primadona (Ruminah Sidek, Liza Abdullah, Datuk Ziela Jalil, Norlia Ghani, Rosnani Jamil, Dato’ Jalaluddin Hassan & Nabila Huda). 

Saksikan episod istimewa Hari Raya daripada Tanyalah Ustaz, Malaysia Hari Ini dan Borak Kopitiam yang memaparkan topik perbincangan menarik tentang sambutan Hari Raya yang masih dilanda pandemik Covid-19. Tidak ketinggalan juga filem-filem blockbuster yang akan ditayangkan iaitu Lari, BoBoiBoy Movie 2, Pulang, Hantu Nan Sempit dan Hantu Bonceng.

Sitkom J.K.K. yang sentiasa meriah dengan pelbagai insiden lucu membawakan episod Raya, J.K.K.  Raya lakonan Ebby Yus, Imuda, Ropie, Issey, Ain Edruce, Jiggy dan Salman Al-Farisi pada Hari Raya Pertama. Penduduk Kampung Kalut gembira apabila kampung mereka bakal mengadakan rumah terbuka secara gotong-royong. Namun, ada pihak yang iri hati dan ingin sabotaj majlis itu. Selain itu, penonton kami juga boleh berhibur dengan seleksi program hiburan seperti Alkisah Pak Kodi 5G (Musim Ke-2), Melodi Raya episod 1 & 2, I Can See Your Voice Malaysia 4 Edisi Raya (ditaja oleh Digi Prepaid), KAROK OK dan tidak ketinggalan Oh Bulan! TV Raya yang akan disiarkan di TV9. Senarai Program Raya 2021 TV3 TV9 untuk rujukan sinopsis dan barisan artis. 

Rangkaian Televisyen Media Prima telah memilih tema Salam Sayang untuk mewarnai kempen Ramadan Raya pada tahun ini. Bagi menyemarakkan lagi suasana ini, TV3 telah menyediakan platform Misi Salam Sayang kepada pengusaha kecil mempromosikan produk mereka di laman sosial TV3 Malaysia. Selain itu, kami juga menjalankan aktiviti khidmat masyarakat yang disertai oleh barisan selebriti dimana mereka akan membeli barangan dan produk daripada vendor yang terpilih dan sebarkan rezeki kepada mereka yang memerlukan. Misi Salam Sayang disertai oleh barisan selebriti seperti Ahmad Fedtri Yahya, Aprena Manrose, Amyza Aznan & Adrian, Redza Rosli, Intan Najuwa, Fiza Sabjahan, Khai Bahar dan Riena Diana. Antara rumah kebajikan yang menerima sumbangan ialah Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang Jaya, Pusat Tahfiz Al-Falah, Ampang Jaya  dan juga para penghuni di Pangsapuri Baiduri Bandar Tasik Kesuma. 

Aktiviti tersebut dirakam dan dikongsikan di laman media sosial TV3 Malaysia pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan ini. Video 1 di FB TV3 Malaysia Video 1 di IGTV TV3Malaysia  Video 2 di FB TV3 Malaysia  Video 2 di IGTV TV3 Malaysia Nantikan kompilasi video eksklusif 30 minit tentang Misi Salam Sayang yang akan ditayangkan hari raya ketiga jam 4.00 petang di TV3.

Sama-sama meriahkan Kempen Salam Sayang, sebarkan rezeki, luaskan jalinan dan cipta kemesraan antara kita semua! Gunakan #SalamSayang untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3 & TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia 

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Tular Lan Pet Pet Bergaduh Lagi, Kali Ini dengan Penghantar Makanan

Mulakan Pengembaraan di Rumah Untuk Masa Ceria Keluarga Bersama Cartoon Network!