in , , ,

Kejutan Hari Jadi Syamsul Yusof di Prebiu KL Gangster

Semasa Prebiu Media KL Gangster semalam, Budiey pun sebenarnya tak sangka diorang akan celebrate hari jadi pelakon dan pengarah filem muda, Syamsul Yusof. Wah, dah makin meningkat usia nampaknya anak lelaki Datuk Yusof Haslam ni. Sejurus selepas sesi ucapan dan tangkap gambar pelakon di depan skrin, tiba-tiba lampu dalam dewan 7, Cathay Cineleisure Mutiara Damansara dipadamkan. Serentak, kedengaran lagu Selamat Hari Jadi berkumandang, dinyanyikan oleh mummynya yang membawa kek, daddy Syamsul Datuk Yusof Haslam serta pelakon dan semua yang ada di dewan. Budiey pun apa lagi, terus je pusing balik untuk ambil gambar. Ingat ke acara dah selesai.

TONTON VIDEO SAMBUTAN HARI JADI SYAMSUL YUSOF

Sebenarnya, hari jadi Syamsul jatuh pada 21 Mei lalu. Kira ni dah ‘belated’ la eh. Syamsul dilahirkan pada tahun 1984. Wah, kira umur Syamsul dah cecah 27 tahun la ya. Orang kata, kalau dah sampai umur macam ni, sesuai sangat la kalau Syamsul cari kekasih. Mak Syamsul dan ayah pun duk tanya, bila nak kawin ni. Tak sabar nak makan nasi minyak.

Syamsul Yusof

Kepada Syamsul Yusof, Budiey nak ucapkan SELAMAT HARI JADI untuk kamu ya. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan terus cemerlang dalam menghasilkan filem yang hebat-hebat di masa akan datang.

Filem KL Gangster yang dipertontonkan kepada media semalam mendapat pelbagai komen. Apa yang boleh Budiey katakan, filem ke-5 karya pengarah muda ini lebih memberi fokus kepada kehidupan mafia di ibu kota yang sangat kelakuan mereka sangat ganas. Padat dengan aksi dan bahasa yang digunakan juga pun bukan main ganas jugak, asyik wa – lu – wa – lu. Tapi filem ni takdelah nak mengganas memanjang, sebab diselitkan juga drama sedih dan komedi. Nak tahu lebih lanjut kena tonton la ya. Filem ini akan ditayangkan di 90 buah pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 9 Jun ini.

Seperti adanya, Syamsul Yusof begitu mengharapkan filem ini diterima oleh semua peminat. Selain menjadi sutradara, mengarah & berlakon, Syamsul juga turut bergabung dengan Rizal Ashraf dalam menulis skrip filem ini. Watak yang dipegang oleh Syamsul iaitu Shark (sebijik macam ikan jerung daaa) bukan main ganas la, ada tattoo kat leher. Menurut ceritanya, Syamsul sengaja buat dirinya rasa stres untuk mendalami watak Shark, seorang gangster yang sangat kejam, tamak dan selalu busuk hati, dan yang penting, misi Shark ni mahu menjadi ketua segala mafia di KL dan menghapuskan Malek (lakonan Aaron Aziz) yang dah kembali ke jalan benar.

Dalam cerita ni, Shark sebenarnya anak tiri kepada King (lakonan Ridzuan Hashim) yang juga turut menjadi ketua kongsi gelap paling disegani di KL. Kira anak beranak ni memang mafia. Baik ayah, baik anak dua kali lima je perangai diorang. Kadang-kadang tu, walaupun dengan ayah tiri, si Shark ni memang biadap sikit sebab tak hormat dengan ayahnya. Sampai satu masa, Shark menyimpan dendam kepada ayah tirinya.

Selain Syamsul, filem yang menelan belanja 2.1 juta ini dijayakan oleh Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Shoffi Jikan, Adam Corrie dan Sheera Iskandar.

Tahniah buat Syamsul kerana berjaya menghasilkan filem KL Gangster ni. Bukan senang nak bawa watak Shark ni ya sebab memerlukan Syamsul menjiwai watak yang lebih agresif dan panas baran. Asyik nak marah dan melenting je. Itu yang jadi cabaran utama untuk Syamsul. Sebelum ke set pengambaran, Syamsul buat casting dulu ke atas dirinya dan makan masa berminggu-minggu untuk menjiwa watak Shark ni.

Dalam 2-3 hari lagi, maka adalah tu rebiu dalam akhbar tempatan.

Oh ya, Budiey diberitahu, Khurafat 2 akan dibuat tak lama lagi. Tapi jangan ingat ada kesinambungan dari Khurafat sebelum ni. Khurafat 2 katanya adalah sebuah filem seram komedi.

Syamsul Yusof

Syamsul Yusof

Syamsul Yusof

Budiey:
Saksikan Fuhhh! Istimewa Akustika Amal Al-Taqwa pada Selasa 24 Mei, jam 11.00 malam secara langsung bersama Faizal Tahir, Aizat, Jaclyn Victor, Black, Noh Hujan dan Lan Typewriter dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Salurkan derma anda melalui rancangan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Semerbak Industries Perkenal CarSemerbak

AirAsia Strong Performance Despite High Fuel Price