in

Kejutan Celcom Untuk Enam Pembeli Pertama iPhone 6

Maka, sekarang ini demam iPhone 6 pun mula melanda di Malaysia. Sana sini, orang bercakap pasal iPhone 6 dan iPhone 6+. Bukak Instagram berlambak kawan Budiey letak gambar iPhone 6, kononnya mereka dah pun guna iPhone 6 kegemaran ramai tu. Ish ish, tak boleh jadi ni. Ni yang buat Budiey jeles ni.

Pejam celik-pejam celik, iPhone sudah pun mencapai tahap kemajuan yang mahu dimiliki oleh semua orang. Budiey juga naik geram untuk memiliki iPhone 6 yang diperkatakan ramai ini. Mungkin sebab itulah, Budiey tak mahu ketinggalan dan pada 5 November bersamaan hari Rabu yang agak basah dan lembap disebabkan hujan turun, Budiey sanggup mengharungi hujan untuk ke Blue Cube Sunway Pyramid di mana berlangsungnya Pelancaran iPhone 6 dan iPhone 6 Plus oleh Celcom.

Celcom

Sebenarnya, acara telah bermula seawal jam 6 petang pada hari Selasa bersamaan 4 November lagi. Tapi oleh kerana terlalu sibuk, Budiey berjaya juga untuk sampai di sana pada jam 10.30 malam. Budiey ternyata sangat kagum dan terkesim juga kerana walaupun hujan sangat lebat, peminat iPhone berpusu-pusu datang untuk beratur. Gigih betul mereka ni kan? Pendek kata, hujan tidak sikit pun menjadi menghalang untuk pembeli beratur menjadi antara pemilik terawal telefon hebat ini.

Kejutan Celcom Untuk Enam Pembeli Pertama iPhone 6

Budiey sangat kagum dengan semangat yang ditunjukkan Max Liew, orang yang pertama sampai di tempat beratur kat Blue Cube ni. Sambil menunggu jam 12 tengah malam, Budiey sempat bertanyakan kepada Max Liew tentang kenapa dia sangat berminat untuk memiliki iPhone 6 ni sampai sanggup tunggu lebih kurang 30 jam kat situ. Kalau korang, korang sanggup tak? Budiey sanggup tapi masa tak mengizinkan je.

Menurut Max Liew, dia sanggup tunggu kerana mahu menjadi pembeli pertama iPhone 6 di Malaysia secara sah. Tambahan pula, iPhone 6 memang sangat canggih dan berbeza dengan telefon bimbit pintar yang lain. Yang penting, bagi Max Liew, dia suka dengan kelajuan iOS untuk peranti iPhone 6 yang sangat ohsem. Memang ada kelas tersendiri.

Kejutan Celcom Untuk Enam Pembeli Pertama iPhone 6

Budiey lihat banyak sekali aktiviti menarik diadakan kat sana dengan dihoskan oleh pengacara popular Daphne Iking. Selain permainan yang menawarkan voucher RM600 potongan harga, pengunjung juga dapat melihat dan mencuba sendiri iPhone 6 di ruangan pameran di lounge yang cukup selesa.

Apa yang Budiey dapatkan katakan kat sini, kamera iPhone 6 dan iPhone 6+ ni memang menghasilkan gambar yang lebih terang, vibrant dan sharp. Pendek kata sesuailah dengan citarasa Budiey yang sukakan bentuk yang lebih mewah, moden, elegan dan cukup mudah dibawa kemana sahaja sebab iPhone 6 sangat ringan.

Di lounge itu juga Budiey dapat info di mana Celcom kini menawarkan plan yang cukup menjimatkan bagi pembeli iPhone 6 di mana Celcom memberi peluang dan pilihan yang sesuai dengan tahap kemampuan dan kehendak pengguna. Budiey kira memang berbaloi. Kalau anda guna data internet sikit pun, kira tak merugikan kalau ambil pakej dari Celcom ni. Plan data dari Celcom juga boleh disimpulkan sebagai mengikut kemampuan dan memang ada banyak pilihan. Segalanya bergantung pada anda untuk memilih pakej mana yang terbaik dan sesuai untuk anda.

Untuk anda yang menggunakan data internet yang banyak dan aktif, Budiey sarankan anda mengambil pakej Celcom First Premier di mana total data volume yang ditawarkan sebanyak 6.1GB dan hanya membayar RM88 sementara untuk call, SMS dan MMS pula hanya bayar RM80 sahaja.

Tahun ini, Celcom memperkenalkan program tukar beli buat kali pertama, membolehkan pengguna yang membawa iPhone lama potongan harga tambahan untuk pembelian iPhone terkini.

Dengan pelancaran rasmi itu, iPhone 6 dan 6 Plus ditawarkan di Blue Cube dan gedung Celcom Xclusive di seluruh negara. Pelanggan boleh membeli peranti berkenaan pada harga bermula dari RM418 selepas rebat bagi model 16GB dan iPhone 6 Plus daripada RM768 seunit selepas penjimatan dan rebat bagi model 16GB dengan pakej kontrak 24 bulan.

Celcom

Cakap pasal Celcom First Premier ini, anda boleh pilih untuk mengambil 12 bulan atau 24 bulan. Selain itu, ada juga plan Celcom First Prime dan Celcom First Elite. Ketiga pakej ni ada keunikan dan kelebihan tersendiri. Cara mudah nak pilih yang sesuai untuk anda, tengoklah pada kemampuan dan keperluan anda.

Celcom

Orang kata, nak beli baju tengok pada badan. Tapi kalau nak pilih plan, kena tengok pada kegunaan data atau jumlah panggilan harian anda. Semua info boleh layari di laman sesawang Celcom iPhone 6.

Tepat jam 12 tengah malam, suasana bertukar lebih hangat dengan paluan gendang dan perkusi dari pemuzik yang membuatkan Budiey rasa bertambah teruja.

Bukan apa, setiap tahun apabila Celcom melancarkan iPhone, pastinya ada kejutan buat pembeli yang paling awal. Daphne Iking selaku emcee pada malam itu juga tak kurang excited untuk mengumumkan kejutan. Ya, kali ini, kejutan yang dibuat cukup memeranjatkan semua kerana enam orang pembeli terawal iPhone 6 dari Celcom ini akan menerima hadiah yang akan diumumkan oleh Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Encik Zalman Aefendy Zainal Abidin sendiri.

Setelah menjemput kesemua enam orang pembeli terawal itu, Encik Zalman telah mengumumkan yang 6 orang pembeli paling awak ini akan dapat membeli iPhone 6 dengan harga RM6. Apaaaa? Bestnya! Budiey rasa menyesal pulak tak jadi penunggu paling awal. Ala, menyesal pun tak guna jugak kan. Mungkin Budiey akan cuba tahun depan pula. Mana tahu, akan ada kejutan untuk pembeli iPhone 7 pulak?

Apa lagi, selepas kejutan diumumkan maka semua orang bertepuk tangan dan bersorak. Budiey lihat wajah enam orang pembeli paling awal tu dari wajah penat menjadi lebih ceria dan mereka tersenyum gembira. Tak kurang ada yang berair mata nak nangis sebab terlalu gembira. Yelah, hati mana yang tak happy kalau dapat iPhone 6 dengan harga RM6 sahaja, kan? Kiranya berbaloilah mereka tunggu selama lebih 30 jam tu.

Tahniah buat semua yang telah mendapat hadiah kejutan dari Celcom ni. Pada malam itu, Budiey lihat ramai yang masih beratur untuk membeli iPhone 6. Bukan apa, banyak sekali hadiah misteri yang ditawarkan oleh Celcom untuk para pembeli pertama. Kalau korang nak trade in dengan iPhone lama pun boleh jugak. Nanti ada satu kaunter kat dalam lounge ni.

Kepada korang yang nak dapatkan iPhone 6 dan juga iPhone 6+ ni, haaa, bolehlah dapatkannya di Blue Cube berdekatan dengan anda.

Layari sekarang: https://www.celcom.com.my 

Kejutan Celcom Untuk Enam Pembeli Pertama iPhone 6

Kejutan Celcom Untuk Enam Pembeli Pertama iPhone 6

Kejutan Celcom Untuk Enam Pembeli Pertama iPhone 6

 

Kejutan Celcom Untuk Enam Pembeli Pertama iPhone 6

Kejutan Celcom Untuk Enam Pembeli Pertama iPhone 6

Kejutan Celcom Untuk Enam Pembeli Pertama iPhone 6

Kejutan Celcom Untuk Enam Pembeli Pertama iPhone 6

 

Kejutan Celcom Untuk Enam Pembeli Pertama iPhone 6

Kejutan Celcom Untuk Enam Pembeli Pertama iPhone 6

Kejutan Celcom Untuk Enam Pembeli Pertama iPhone 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Ed Sheeran & The Script Live in Kuala Lumpur

Senarai Penuh Keputusan Pemenang MTV EMA 2014