in ,

Keith Foo Akui Sudah Bercerai dengan Kim Raymond

Pelakon Keith Foo mendedahkan dirinya sah bercerai dengan model, Kim Raymond pada penghujung tahun lalu.

Pelakon Keith Foo mendedahkan dirinya sah bercerai dengan model, Kim Raymond pada penghujung tahun lalu.

Menurut Keith, 37, dia dan bekas isteri sudah tidak bersama semenjak dua tahun lalu.

“Kami berpisah semenjak dua tahun lalu tetapi secara rasminya bercerai pada Disember tahun lepas.

“Walaupun sudah tidak lagi bersama, kami masih berhubung dan rapat demi anak, Skylar Raymond Foo,”

– Keith Foo
Keith Foo Akui Sudah Bercerai Dengan Kim Raymond
Sumber: ig Keith Foo

Keith ditemui di sidang media telefilem Kita Merdeka oleh AEON dan Country Universal Sdn Bhd di One World Hotel, Petaling Jaya sebentar tadi.

Meskipun rumah tangga hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat, Keith dan bekas isteri sepakat mengekalkan hubungan yang baik.

“Kami sudah seperti rakan baik dan tiada masalah yang terjadi antara kami berdua biarpun tidak lagi bergelar suami isteri.

“Anak tinggal dengan isteri tetapi setiap hari saya bertemu dengan anak. Jika saya bercuti dan tiada penggambaran, anak akan tidur di rumah saya,”

– Keith Foo

Tambah Keith, situasi yang dihadapi oleh dia dan bekas isterinya kini lebih baik.

“Kami berpisah secara baik. Perkahwinan tidak boleh dipaksa. Daripada kita paksa-paksa, kita tangguh-tangguhkan, tak tahu apa akan jadi di masa akan datang.

“Jika dipaksa dan tiada persefahaman, takut perkara lebih buruk yang bakal terjadi. Sekarang, situasi yang kami hadapi menjadi lebih baik,”

– Keith Foo

Keith mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak pada 30 Mei 2017.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Haqiem Rusli | 23

Haqiem Rusli Kini Bertambah Matang, Muncul dengan ADLINA MARIE

Caliph Buskers | 24

Fendy Caliph Buskers Luah Perasaan dalam Lagu MENGHARAPKAN MU