in , ,

Haqiem Rusli Kini Bertambah Matang, Muncul dengan ADLINA MARIE

Enggan leka dalam zon selesa, penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli muncul dengan single terbaharu, Adlina Marie yang mengangkat kisah sedih kanak-kanak perempuan berusia lima tahun rindukan ayah yang terkorban dalam kemalangan.

Mahu dilihat matang, Haqiem menghadiahkan video muzik single berkenaan yang menampilkan klip video viral dialog dilafazkan kanak-kanak itu yang antara lain menyebut ‘ayah tak keluar pun’, dimuat naik di YouTube, sejak kelmarin. Ketika ini, video muzik Adlina Marie sudah meraih lebih 150,000 tontonan.

Mengulas lanjut mengenai lagu baharunya itu, Haqiem memberitahu, dia enggan terus dikenali dengan lagu-lagu cinta.

“Namun, bukanlah bermaksud lagu cinta tidak bagus. Lagu cinta saya sebenarnya tebal dengan mesej dan nasihat.

“Single Adlina Marie lebih ke arah kekeluargaan dan cinta yang bersifat universal. Liriknya kalau difahami bersifat neutral dan boleh disesuaikan mengikut terjemahan masing-masing.

“Ini suatu pembaharuan dalam komposisi muzik kerana saya meletakkan watak sebenar dalam lagu. Pendek kata, saya buat benda yang orang lain tidak lakukan,”

– Haqiem Rusli

Single Adlina Marie adalah ciptaan Haqiem bersama Ibnu dan Ezra Kong.

Bercerita mengenai lagu yang diangkat daripada kisah benar itu, Haqiem berkata, dia masih belum berpeluang untuk bertemu adik Adlina Marie.

“Selama ini, saya berhubung dengan kakak saudara dan ibunya sahaja,” katanya.

– Haqiem Rusli
Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

vivo Bekerjasama dengan Pengarah Terkenal Netflix Hasilkan Filem KITA

Keith Foo Akui Sudah Bercerai dengan Kim Raymond