in , ,

Kedudukan Pertama The Assistant Saingi Filem Terlaris Di Netflix!

Filem The Assistant lakonan Hairul Azreen berjaya mengalahkan filem The Next 365 Days yang merupakan sebuah filem erotik yang menjadi tontonan terlaris di Malaysia sebelumnya. 

Filem aksi yang turut menampilkan Iedil Dzuhrie Alaudin ini ditayangkan di pawagam pada Mei lepas dan tidak menunggu masa lama untuk ke Netflix.

The Assistant mengisahkan tentang tentang Zafik yang membalas dendam terhadap pembunuh isteri dan anaknya selepas keluar dari penjara. 

Filem ini menelan belanja sebanyak RM6 juta dan berjaya mengutip RM1 juta dalam empat hari tayangannya pada Mei lalu. 

Ini merupakan gandingan kelima pengarah Adrian Teh dan Hairul Azreen. Dalam masa terdekat, Hairul Azreen akan turut muncul dalam filem terbaru Adrian Teh, Bakara yang sibuk menjalani penggambaran. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bilibili Umumkan Program Pencipta Video Profesional Selama Sebulan

Tahniah! Azizan Osman Lulus PhD Pertama dari IPT Tempatan