in

Kecoh Bila Tirai Konsert Mariah Carey di Kuala Lumpur Terbakar

Konsert The Elusive Chanteuse Show Tour in Malaysia 2014 telah pun berlangsung semalam di Stadium Merdeka dalam kebasahan, hujan, lencun, sesuailah dengan lagu Mariah Carey – Make It Through The Rain la kan? Dan yang datang semuanya pakai ponco berwarna-warni. Nampak cantik je macam pelangi. Seramai 12,000 peminat telah membanjiri dan masih tidak berganjak dari tempat duduk tengah padang walaupun hujan tidak henti-henti mencurah.

Budiey lihat suasana agak kecoh juga apabila Konsert Mariah Carey yang berlangsung dalam hujan semalam tiba-tiba dicemaskan dengan kebakaran kecil pada tirai gara-gara percikan bunga api semasa diva pop bertaraf international ini mengalunkan lagu Hero. Percikan api itu mungkin ditiup angin dan menyambar tirai gelap yang menjadi latar pentas. Suasana agak terkawal kerana mujurlah jugak krew keselamatan sedar dengan apa yang berlaku. Kalau tidak, mahu satu tirai setinggi dua tingkat bangunan akan hangus terbakar.

Mariah Carey Konsert di Malaysia 2014

Ketika itu, Mariah yang baru saja menyudahkan nyanyiannya mahu memulakan interaksi bersama peminat. Namun interaksi tersebut terhenti sekejap apabila salah seorang kru datang kepada Mariah dan terus membawa beliau ke tepi pentas. Kelihatan kru tersebut berbisik sesuatu kepada penyanyi kelahiran Long Island, New York, Amerika Syarikat itu.

Sebaik saja dimaklumkan oleh kru berkenaan mengenai kebakaran tersebut, penyanyi berusia 45 tahun itu dengan tenang terus berkata,

“Oh, ada kebakaran rupanya di situ? (sambil menunjukkan ke arah tirai yang terbakar itu)”.

“Ini bereeti konsert saya pada malam ini bukan saja diterangi dengan cahaya gemerlapan (sportlight, percikan bunga api), hujan tapi… juga ada kebakaran. Tak mengapa…, apa pun yang berlaku persembahan harus diteruskan juga”, katanya sambil tersenyum lantas kedengaran sorakan semangat daripada para peminat.

Sebanyak 19 buah lagu dialunkan dan dalam banyak-banyak lagu tu Budiey suka semasa Mimi nyanyi lagu ‘My All’, ‘Heart Break’/ ‘Beautiful’, ‘Honey’, ‘I’ll Be There’ dan ‘Hero’. Sing along beybeh!

Pulang semalam rasa nak demam pulak sebab terkena hujan. Aduyai!

Jap lagi nak letak gambar-gambar dan video semasa konsert berlangsung.

Mariah Carey Konsert di Malaysia 2014

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Duet SELURUH CINTA Siti Nurhaliza & Cakra Khan

Harith Iskander TO KNOW MALAYSIA IS TO LAUGH MALAYSIA