in

Harith Iskander TO KNOW MALAYSIA IS TO LAUGH MALAYSIA

Pada 11 Oktober lalu, Budiey telah hadir di Sesi Ramah Mesra Penulis Blog Bersama Haris Iskander di EspressoLab, Sunway Damansara. Kalau tidak kerana sesi ramah mesra ni, Budiey pun tak tahu yang Harith Iskander akan buat persembahan lawak stand up comedy buat julung kalinya iaitu TO KNOW MALAYSIA IS TO LAUGH MALAYSIA. Jadi, terima kasih banyak kepada Harith Iskander dan AMC Live kerana sudi menjemput Budiey. Pastinya event terbesar ini menjanjikan persembahan yang lebih segar untuk santapan peminat Harith Iskander.

Harith Iskander To know is to LAUGH MALAYSIA

Tidak perlu senaraikan banyak sangat sebab… ada dua sebab utama Budiey teruja untuk menonton persembahan fiesta lawak jenaka tanpa henti ini. Pertama kerana show ini dikatakan show stand up comedy paling besar dan gempak pernah diadakan di Malaysia. Kedua, Harith Iskander adalah pelawak unik, ada aura bersahaja dan sense of humor yang Budiey sangat suka.

Lawaknya tidak slapstik, malah disampaikan penuh spontan dan selamba membuatkan kita semua gelak sampai senak perut. Rata-rata bersetuju, Harith Iskander adalah satu-satunya pelawak yang cukup hebat, sangat mesra, punya kredibiliti tersendiri dan bakatnya tak banyak ada kat Malaysia. Sebenarnya, kalau nak diikutkan, beliau mampu pergi jauh… maksud Budiey, lawak beliau boleh diterima di seluruh dunia!

Laugh Malaysia

Setiap kali layan lawak Harith Iskander, pastinya Budiey akan gelak sorang-sorang sebab Harith bijak buat lawak tentang apa sahaja yang kita lalui seharian. Pendek kata, lawak Harith adalah tentang kehidupan kita seharian. Ianya cukup hidup dan sinikal! Nak tak nak, siapa yang makan lada tu, dia yang rasa pedas. Memang kena batang hidung sendiri la kan? Cukup terkesan kekadang laser you!

Okay, Budiey tak nak cakap banyak sebab, apa yang anda semua perlu tahu ialah event lawak TO KNOW MALAYSIA IS TO LAUGH MALAYSIA ini akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 29 Oktober 2014, hari Rabu jam 8.30 malam. Tiket dijual pada harga RM 38, RM 68, RM 118, RM 128, RM 158, RM 258 (VIP). Kalau anda nak beli tiket, senang je, boleh layari www.AirAsiaRedtix.com

Ini adalah satu berita baik buat semua peminat Harith Iskander di luar sana. Ya, ketawa adalah antara ubat untuk anda sebenarnya. Dengan ketawa, boleh buat kita hilang stress, betul tak?

Jadi, apa tunggu lagi, beli tiket anda sekarang. Pastikan jadual anda kosong dan tiada perancangan lain pada 29 Oktober nanti ya. Dapatkan tiket anda segera dan hasil jualan tiket juga akan disalurkan kepada badan kebajikan OrphanCARE. Ini kerana isteri Harith Iskander iaitu Dr Jezamine adalah duta kepada badan kebajikan OrphanCARE.

Rumah kebajikan tidak semestinya didiami oleh anak-anak yatim. Ada diantara mereka berada disitu kerana masalah kewangan dan kemiskinan keluarga. Ada pula situasi yang ibu bapa terlibat dalam jenayah dan dadah. Jadi, bagi membantu anak-anak ini meneruskan kehidupan dan mendapat pendidikan yang sewajarnya. OrphanCARE membantu anak-anak ini untuk terus berjaya.

Wah, Budiey pun kagum dengan kesungguhan Harith Iskander kerana dia ada kesungguhan untuk membuatkan kita semua ketawa. Buat pun kat stadium, pastinya satu sejarah tercipta nanti kerana belum pernah show stand up comedy buat di lokasi berskala besar itu sepanjang 23 tahun menjadi pelawak.

Menurut Harith Iskander, ini adalah satu sumbangan atau tribute beliau untuk semua peminat yang menyokong kariernya selama ini. Bukan mudah untuk bertahan seperti beliau. Sudah tentu, banyak cabaran dan halangan yang dilalui menjadikan lawak Harith Iskander terus digemari sehingga kini.

Laugh Malaysia

Harith Iskander tidak berseorangan sebenarnya. Beliau juga akan ditemani Dr. Jason Leong dan Papa CJ. Kalau nak tahu, Dr Jason Leong adalah pelawak solo yang berbakat besar. Mungkin bagi anda, Dr. Jason Leong adalah pelawak yang agak asing. Budiey sempat berkenalan semasa sesi ramah mesra dan ternyata beliau juga ada potensi untuk dikenali pada masa akan datang. Menurut Jason Leong, dia sangat teruja untuk buat persembahan yang akan disaksikan oleh 9000 orang penonton itu nanti. Bagi beliau, ini adalah satu peluang terbaik untuk menunjukkan bakat beliau.

Manakala Papa CJ pula adalah pelawak hebat yang paling berpengaruh di India dan merupakan peserta Top 10 Rancangan Last Comic Standing, sebuah pertandingan pelawak komedi di Amerika Syarikat.

Jadi, kepada korang semua yang nak hilangkan stress dan mahu bergelak ketawa. Apa tunggu lagi, tempahlah tiket dengan kadar yang segera.

Harith Iskander To know is to LAUGH MALAYSIA

Online at www.AirAsiaRedtix.com

Rock Corner outlets:

The Gardens (TEL: 03 – 2201 4893)
KLCC (TEL: 03 – 2181 5560)
Subang Parade (TEL: 03 – 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 – 7733 1139)
Victoria Music outlets:
Sg Wang(TEL: 03 – 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 – 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 – 7722 2955)
Artist Gallery:
Gurney Plaza, Penang
Queensbay Mall, Penang
KL Life Centre TEL: 03 – 2162 2570
Tune Store Low Yat Plaza

Budiey ingin bagi kredit kepada staf-staf dari VersaComm Sdn Bhd (ahli PR rasmi Laugh Malaysia) yang diketuai oleh Mei Chieng yang bekerja bertungkus-lumus di sebalik latar bagi menjayakan himpunan yang bermakna ini.

Laugh Malaysia

Harith Iskander TO KNOW MALAYSIA IS TO LAUGH MALAYSIA

Harith Iskander TO KNOW MALAYSIA IS TO LAUGH MALAYSIA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kecoh Bila Tirai Konsert Mariah Carey di Kuala Lumpur Terbakar

Sinopsis Filem MANA MAHU LARI