in , , ,

Kay Khydir Tak Tolak Gimik Untuk Promosi Single BUKAN BAHAGIAKU

Pelakon dan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 9, Kay Khydir mahu menularkan single pertamanya, Bukan Bahagiaku kerana menganggap ianya salah satu cara untuk mempromosikan lagunya. Mungkin ini satu trend zaman sekarang kan? Jom baca!

Penyanyi Kay Khydir tidak menolak akan menggunakan gimik sebagai strategi untuk mempromosikan single barunya berjudul BUKAN BAHAGIAKU. Kay atau nama sebenarnya Nur Khaidir Muhd, 31, menganggap itu sebagai ‘trend’ zaman sekarang untuk menaikkan populariti lagu barunya itu. Kalau tidak ada viral di sosial media, siapa nak tengok video muzik, siapa dengar lagu yang dihasilkan? Haa, betul jugak tu!

Kay Khydir ditemui di majlis pelancaran lagu Bukan Bahagiaku di Rex Box, The Gardens pada 11 Mac lalu.

Bagi menghangatkan dan memeriahkan suasana, satu acara santai pertandingan berkaraoke sesama para media telah diadakan secara suka-suka. Para media perlu menyanyikan lagu BUKAN BAHAGIAKU. Peserta yang terbagus akan memenangi hadiah. Selain itu, pelbagai hadiah lain turut disediakan dalam sesi cabutan bertuah.

Kay Khydir
Tahniah Afil dari Harian Metro di atas berjaya mendapat hati juri untuk memenangi hadiah tempat pertama

“Saya tak nafikan gimik yang boleh menularkan sesuatu produk atau karya baru itu sebenarnya bagus. Mungkin saya pun akan gunakan strategi sama.

“Buat masa sekarang, saya sedang mencari material dan idea yang sesuai untuk menjadikan lagu ini tular,”

– Kay Khydir
Kay Khydir
Tahniah Padin menang tempat ke-3 beserta persembahan terbaik.

Bagaimanapun, tidak mahu menggunakan idea negatif yang boleh mengaibkan namanya.

“Kalau boleh biarlah idea itu positif. Takkan saya nak jatuhkan nama saya dengan perkara negatif,”

– Kay Khydir

Kay berkata, strategi itu juga untuk mengikut jejak langkah penyanyi, Shiha Zikir yang tidak terlalu mengejar populariti dalam berkarya.

“Saya tak kisah sekiranya nama saya lambat dikenali dan berkembang kerana populariti bukan keutamaan saya dalam berkarya.

“Saya tidak mahu dikenali disebabkan kontroversi yang negatif. Kalau boleh nak jadi macam Shiha yang tidak ada terpalit gosip atau kontroversi,”

“Sebenarnya, single pertama saya berjudul Bukan Bahagiaku ciptaan Azlan Abu Hassan dan Abie Abdullah ini sudah empat tahun saya rakamkan. Tetapi, saya menyimpan lagu ini kerana terlalu sibuk dengan bidang lakonan.

“Ketika itu, saya sibuk dengan drama bersiri 100 episod seperti Memori Cinta Suraya, Dendam Aurora dan banyak lagi. Alhamdulillah, selepas saya berada di bawah naungan SZ Entertainment milik penyanyi Shiha Zikir bersama LMA Talent House sebagai pengedar, Bukan Bahagiaku muncul.

“Saya begitu mempercayai lagu ini dan dengan bantuan pihak pengurusan, saya berharap Bukan Bahagiaku mendapat sambutan ramai,” 

– Kay Khydir

Kay yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 9 (AF9), melancarkan video karaoke lagu barunya, Bukan Bahagiaku ciptaan Azlan Abu Hassan yang sebelum ini dilancarkan pada 10 November tahun lalu di platform digital.

Dalam kenyataan sebelum ini Kay pernah berkata, Diddy antara insan paling kuat memberikan sokongan terhadap pembabitannya dalam seni.

Semoga Kay terus berusaha untuk mencapai kejayaan. Jangan putus asa ya.

Kay Khydir
Kay Khidir
Kay Khydir
Kay Khydir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama LEFTENAN ZANA Raih 10 Juta Tontonan

Janna Nick Enggan Ulas Lagi Tentang Isu Perselisihan dengan Sheila Rusly