in , ,

Janna Nick Enggan Ulas Lagi Tentang Isu Perselisihan dengan Sheila Rusly

Sekali lagi, Janna Nick diajukan soalan dari pihak media tentang kesudahan dan pengakhiran kisah kemelut kontroversi membabitkan dirinya dengan pelakon dan penerbit Sheila Rusly yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Pelakon tersohor, Janna Nick mengatakan ini adalah kali terakhir untuk dia mengulas dan memberi komen tentang isu ini semasa ditemui ketika mempromosikan Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL) bersama duta DFKL 2019 yang juga pelakon Izzue Islam di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur.

JANNA NICK, AJAK HOS MELODI

“Saya rasa sudah selesai menjadi anak murid yang menimba ilmu. Sudah tiada apa yang perlu diperkatakan lagi dan inilah kata-kata saya yang terakhir dan menjadi noktah,”

– Janna Nick

Janna ketika ditemui berkata, dia enggan lagi mengulas mengenai kontroversi terbabit kerana tidak mahu memanjangkannya lagi.

“Saya berharap tiada pihak yang bertanya lagi mengenai isu itu selepas ini,”


– Janna Nick

Ditanya mengenai promosi drama bersiri 16 episod Leftenan Zana pula, Janna berkata, dia tetap mempromosikan drama lakonannya itu di Instagram setiap hari.

“Sebagai pelakon utama saya tetap menjalankan tanggungjawab untuk mempromosikan drama bersiri itu di laman sosial seperti dikehendaki penerbit.

“Alhamdulillah, drama itu mendapat sambutan hangat penonton dan mencatat rating paling tinggi di Slot Lestary TV3 setakat ini.

“Saya juga berasa puas kerana kerja keras untuk merealisasikan drama itu ternyata berbaloi,”

– Janna Nick

Drama bersiri Leftenan Zana arahan Jinggo dan terbitan JS Pictures turut menampilkan lakonan Sheila Rusly, Tunku Hanis dan Redza Rosli.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kay Khydir Tak Tolak Gimik Untuk Promosi Single BUKAN BAHAGIAKU

Peraduan Menonton Filem Disney’s Dumbo